berita

Suka Cari Publisiti Murahan, Fazley Hilang Hormat Dengan Vida – ‘Kaya & Popular Tidak Menjamin Adab …’

January 27th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida minggu ini menjadi tumpuan selepas dikatakan telah melabel penyanyi Anuar Zain sebagai seorang yang mengamalkan hubungan sejenis atau gay menerusi satu siaran ‘live’ di media sosial.

Tindakan itu dianggap keterlaluan dan menarik perhatian ramai orang untuk mengulas antaranya penyanyi Datuk Fazley.

Artikel Berkaitan: Dato Vida Nafi Tuduh Anuar Zain ‘Gay’, Ziana Zain Anggap Tindakan Biadap 

Lupa diri bila dah kaya

Menerusi Instagram (IG) miliknya, cef selebriti itu menyifatkan kekayaan dan populariti tidak boleh ‘membeli’ adab serta intelektual setiap individu.

Kata Fazley, kemewahan yang dimiliki telah membuatkan seseorang itu lupa diri sehinggakan sanggup mencalarkan imej orang lain hanya dengan kata-kata.

Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang kan?

Sesetengah dari kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan.

Sebahagian dari kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata-kata yang boleh merosakkan imej seseorang.

Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki. Elokkah jika dijadikan contoh anak-anak muda yang baru nak belajar menjadi usahawan?

Hilang rasa hormat!

Kesal dengan Vida, pemilik nama Ahmad Fadzli Yaakob akui turut rasa hilang hormat dengan perangainya yang makin menjadi-jadi.

Dalam pada itu, pelantun lagu Asmara Ini menegaskan untuk terus ‘tanam’ rasa hormat dan matang dalam diri walau dengan siapa sahaja.

Kita orang timur, kita seharusnya kekal dengan rasa hormat dan matang di dalam semua keadaan tidak kira dengan sesiapa. Apatah lagi berhadapan dengan insan yang dihormati ramai, malahan mempunyai pelbagai lapisan pengikut.

Shame on you! Maaf semakin hilang rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah-olah semakin buat tabiat.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak livenya yang telah di screen capture buruk padahnya.

Sumber: Instagram @fazleyyaakob

SKIP THIS AD ×