berita

‘Suka Gosip Tau, Tak Baik Fikir Bukan-Bukan’ – Siti Nurhaliza Kongsi Gambar Dengan Datuk K

February 2nd, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

ctdk bahagia

Selepas kecoh mengenai hantaran berkaitan rumah tangga, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjernihkan desas-desus yang bertebaran di media sosial.

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Cetus Tanda Tanya, Kongsi Hantaran Mengenai Rumah Tangga

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Pembayar Zakat Tertinggi Dalam Kalangan Artis, Tak Pernah Culas Bayar Sejak 5 Tahun Lalu

Jawab spekulasi

siti nurhaliza datuk k

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Siti memuat naik foto bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Jiwa atau Datuk K bersama dua anak mereka ketika sambutan ulang tahun Siti ke-45 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Di kapsyen, Siti atau mesra disapa Tokti memohon agar orang ramai tidak mudah membuat spekulasi hanya berdasarkan hantaran yang telah dikongsikan.

Suka gosip tau. Tak baik fikir bukan-bukan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kebahagiaan keluarga Siti.

Sebelum ini, Siti berkongsi tentang bagaimana layanan seorang suami kepada isteri, ujian terbesar isteri, dan enam alasan kenapa suami tidak boleh membentak isteri.

Susulan tindakan itu, rata-rata warganet mula membuat andaian dan mengaitkan dengan rumah tangga Siti dengan Datuk K.

Bagaimanapun, difahamkan, hantaran tersebut telah dipadam selepas dikongsikan di media sosial.

Untuk rekod, Siti berkahwin dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×