berita

Suka Hina Kawan Bodoh & Miskin, Budak Pandai Disihir Sampai Jadi Gila

August 28th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

mangsa sihir

Benarlah peribahasa mengatakan ‘lidah lebih tajam daripada mata pedang’. Kadangkala, kata-kata yang dikeluarkan dari mulut seseorang jauh lebih ‘sakit’ berbanding dipukul.

Seperti kisah seorang individu ini dipercayai menjadi mangsa sihir kerana mulutnya yang suka menghina dan mengutuk rakan sekolahnya.

Disihir sebab suka menghina, kutuk kawan

terkena sihir

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Tok Qiqi menceritakan kembali kejadian yang pernah berlaku sewaktu zaman persekolahannya pada suatu ketika dahulu. Menurut Qiqi atau lebih mesra dengan panggilan Tok, dia mempunyai dua rakan baik iaitu Man dan Azam. Antara mereka bertiga, Azam seorang murid yang bijak dan sentiasa dipuji guru.

Tok dengan Man plajaran agak mundur kalau nak dibandingkan dengan Azam, Azam ni perangai dia yang Tok tak suka, dia suka mengutuk dan menghina si Man ni.

Man ni orang kutuk hina, dia diam je. Man ni adik-beradik ramai dan dia orang susah, kalau pakaian sekolah memang baju lusuh seluar lusuh, kasut koyak, dia hentam pakai.

Tambah Tok lagi, dia juga kerap menasihati Man supaya mengabaikan atau tidak mengambil hati apa dikatakan Azam. Sehinggalah pada suatu hati, dia menyedari bahawa Azam sudah hampir dua minggu tidak hadir ke sekolah. Apabila Tok bertanya kepada Man tentang Azam, dia hanya memaklumkan tidak tahu apa-apa sambil tersenyum.

Balik sekolah Man suruh ok ikot dia. Man bawa Tok pergi rumah Azam. Bila Tok masuk, terkejut Tok lihat keadaan Azam, kaki Azam diikat di kaki meja makan, rupa dia macam tak terurus, air liur dia meleleh-leleh.

‘Dia nak anak mak cik jadi bodoh dan gila’

disihir kawan

Meskipun sudah membawa Azam berjumpa doktor, namun doktor memberitahu keadaan anak lelakinya itu baik-baik sahaja. Selepas mendapatkan rawatan tradisional, Azam dikatakan terkena sihir.

Ada orang marah sangat dengan anak mak cik, dia nak anak mak cik jadi bodoh dan gila.

Lelaki ini akhirnya berasa curiga setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Man. Rupa-rupanya, apa yang terjadi kepada Azam adalah angkara Man dan bapanya.

Dia dah melampau, hina aku, adik beradik aku, mak ayah aku. Lepas aku mngadu, ayah aku ambil beras dan letak dekat atas dulang. Dia letak patung Siam dia atas dulang beras tu sekali.

Ayah aku suruh bawa pergi sekolah, ayah aku cakap, si Azam tu kalau dia tidur kau letak atas kepala dia, lepastu kau sebut dalam hati (mentera Siam pendek), lepas aku letak tu lah, Azam takdatang sekolah.

Menurut Man, walaupun dia sudah memaafkan Azam tetapi dia tidak boleh menarik balik apa yang dilakukannya. Hal ini kerana, bapanya sudah membuat perjanjian ilmu dengan bapa angkatnya dari Siam itu.

Kalau bapa aku ambil balik, sama ada adik-beradik aku akan jadi macam Azam atau bapa aku yang akan terima musibah.

Difahamkan, keadaan Azam berterusan sehingga dia meningkat dewasa. Ada ketika, Azam dimasukkan ke hospital mental kerana keadaannya yang dilihat seperti orang kurang siuman.

Ibunya dah lama meninggal, waris sedara mara tak sanggup dan tak nak jaga Azam. Sebab tu mereka lepaskan Azam mana pun dia nak pergi.

Agak pelik, bila Azam ditangkap masuk hospital gila, dia akan jadi normal. Tapi bila hospital lepaskan dia, disebabkan dia sihat, dia akan jadi balik seperti orang tidak siuman.

Sementara itu, Man sudah pun mendirikan rumah tangga dan memiliki anak. Tetapi, dia hidup dalam keadaan susah dan anak-anaknya juga dikatakan tidak berjaya dalam pelajaran.

Sumber: Qiqi

SKIP THIS AD ×