Sejak kebelakangan ini, pendakwah bebas Dai Syed gemar memuat naik momen manis bersama isterinya, Hana Ismail menari dengan berlatarbelakangkan lagu Bollywood di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mana Ifa Raziah & Kak KM Campak Rasa Malu, Tak Takut Dosa?’ – PU Syed Kecewa Tengok Acara Gelek
PU Syed beri teguran
Terbaru, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak tampil memberikan teguran buat Dai Syed berhubung isu tersebut.
PU Syed berpendapat Dai Syed sewajarnya menjaga statusnya yang membawa gelaran sebagai seorang agamawan.
Untuk isu Dai Syed bersama dengan isteri dia menari dan sebagainya, saya nasihatkan dan saya tegur kepada adinda saya Dai Syed agar jagalah status kita yang membawa gelaran agamawan, yang mungkin kita menyampaikan tazkirah, menyampaikan peringatan kepada masyarakat.
PU Syed turut menasihatkan Dai Syed yang juga merupakan pendakwah, penyanyi serta pelakon agar menjaga tatasusila sebagai seorang yang dikenali ramai bagi mengelakkan daripada diri terpalit dengan fitnah.
Jagalah kita punya akhlak, tak usahlah kita duk menunjuk sangat isteri kita walaupun saya tahu isteri awak tu seorang yang dikenali.
Tapi alangkah bagusnya kalau tiada video-video, konten-konten berjoget-joget dalam media sosial.
Nak berjoget boleh, silakan tapi tak usahlah ditunjuk pada masyarakat yang akhirnya masyarakat mungkin ada yang sokong (pengikut-pengikut anda), mungkin ada (pula) yang mengatakan ‘kenapa ustaz macam ni, berjoget-joget dalam media sosial’.
Jadi saya nasihatkan kepada adinda Dai Syed yang saya sayangi, moga kita dapatlah berubah. Anda orang yang hebat, jadi kita berubah jadi lebih hebat lagi dengan kita menjaga ada tatasusila sebagai seorang pembawakan kepada Islam ni sebagai Dai, agar tidak terpalit fitnah.
Sekadar info, Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Hana Ismail pada Disember 2022 yang lalu.
Sejak mendirikan rumah tangga, Dai Syed dilihat gemar berkongsi momen mesranya bersama isteri termasuklah video menari Bollywood di media sosial.
Bagaimanapun, tindakan Dai Syed itu dilihat tidak disenangi wargamaya memandangkan beliau memegang status sebagai seorang agamawan.
Sumber: Instagram