berita

‘Sukar Berenggang Terlalu Lama Dengan Anak’ – Wany Hasrita

February 29th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelantun suara ‘Menahan Rindu’ Wany Hasrita mengakui sukar menguruskan cahaya mata sulungnya, Aishah Al Iman sendirian memandangkan suami, Mohd Al Adib Fahmi bertugas sebagai juruterbang di Kuching, Sarawak.

Artikel Berkaitan: Rasa Hilang Semangat & ‘Mood Kelaut’, Wany Hasrita Tekad Nak Ubah Gaya Hidup

Artikel Berkaitan: Wany Hasrita Dedah Wajah Anak Buat Pertama Kali, Kongsi Pengalaman Naik ‘Flight’ Berdua Balik Kampung Suami

Sukar berjauhan

Menerusi temu bual bersama OhBulan! Wany berkata, Aishah merupakan anugerah yang paling indah dalam hidupnya. Tambah Wany, dia jarang berjauhan dengan anaknya itu kecuali apabila terpaksa pergi kerja di tempat yang jauh.

Aishah adalah anugerah paling indah dalam hidup saya, walaupun tidak dinafikan struggle juga menguruskannya kerana Aishah terlalu manja dan sentiasa mahu saya bersama dengannya. Alhamdulillah, saya seronok.

Saya sukar berenggang terlalu lama dengan Aishah apabila keluar bekerja kerana cepat berasa rindu. Kalau kerja boleh bawa anak, saya akan bawa bersama. Ada berapa kali saya terpaksa tinggalkan dia, itupun saya rasa lain. Saya akan video call tengok keadaan dia macam mana.

Dulu masa bujang, fokus memang pada kerja. Tapi sampai masa apabila sudah berkahwin dan ada anak, tanggungjawab sebagai ibu kepada anak lebih diutamakan.

Cuma, apa yang saya rasa mencabar bukan sebab suami jauh tapi, Aishah sekarang ada anxiety separation, yang mana kalau saya nak pergi dapur pun dia menangis dan kenalah bawa dia duduk tepi saya juga, kata Wany ketika ditemui di majlis Meet & Greet Paling Ikonik Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38).

Disoal sama ada mempunyai perancangan untuk menetap bersama suami di Sarawak ataupun tidak, Wany memberitahu dia masih belum ada perancangan untuk menetapdi sana.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×