berita

Rasa Hilang Semangat & ‘Mood Kelaut’, Wany Hasrita Tekad Nak Ubah Gaya Hidup

February 4th, 2024 | by Alia
Kini Trending

wany hasrita

Penyanyi, Wany Hasrita mendedahkan dia sedang berdepan dengan masalah kurang rasa bersemangat sehingga menjejaskan kehidupan sehariannya.

Artikel Berkaitan: Wany Hasrita Dedah Wajah Anak Buat Pertama Kali, Kongsi Pengalaman Naik ‘Flight’ Berdua Balik Kampung Suami

Artikel Berkaitan: Wany Hasrita Pilih Nama Aishah Al Iman Untuk Puteri Sulung

Azam & aktiviti baru

wany hasrita

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita berkata akibat daripada masalah tersebut dia kini mengalami peningkatan berat badan kerana gaya hidup yang tidak aktif.

Saya ini tengah dalam fasa keluar dari gua. Pernah tak rasa macam tak nak buat apa, tak ada semangat, nak duduk makan coklat sambil tengok Netflix je. Skincare pun kelaut, berat badan pun dah naik. Sugar craving lagi.

Bagi seminggu je tak bermotivasi macam ni, saya boleh naik berat 59kg. Masa dalam pantang lagi kurus daripada ini. Okay lah berat tolak tepi tapi badan tak lean.

Entahlah nak cakap normal rasa macam ni, tak normal sangatlah sebenarnya. Melayan sangat perasaan tu.

Bagaimanapun, kesedaran sudah mula terpupuk dan penyanyi berusia 30 tahun ini telah mula merancang beberapa aktiviti supaya tidak lagi membuang masa.

Jadi dengan beribu sesalan, memulakan hidup baru, semangat baru dan rutin yang baru.

Yang pertama, mula kelas mengaji. Amira Othman dah lama ajak sampai dah khatam dah saya baru nak mula masuk kelas. Tak apalah janji mula kan?

Seterusnya, kelas Aishah dari dulu lagi plan nak bawa ke kelas berenang sebab nak tunggu bapanya ajar kena balik Kuching setiap minggu la jawabnya. Ibu suka je tapi akaun bank bapa dia tak.

Lepas itu nak mula kelas boxing balik. Last saya boxing tiga hari sebelum nikah. Lama sungguh, maka marilah ambil kesempatan ini untuk mula balik.

Sementara itu, pelantun lagu Canggung ini memohon doa agar dia dapat menjalani rutin hariannya seperti yang dirancang dan usahanya untuk mengamalkan gaya hidup sihat membuahkan hasil.

Pokoknya saya rasa saya kena buat benda-benda baru kot. Entahlah. Korang doakan tau moga saya terus bersemangat.

Untuk yang tengah lalui fasa-fasa terendah ini, tak mengapa. Asal diri masih bernafas, sentiasa ada ruang dan peluang untuk kita berubah dan menjalani kehidupan dengan sepenuhnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Wany untuk terus bersemangat selain ada juga turut berdepan dengan masalah yang sama.

Sumber: TikTok Wany Hasrita

SKIP THIS AD ×