berita

Sukar Untuk Diramal Dengan Tepat, Pakar Kaji Mungkin Roket China Jatuh Di Turkmenistan

May 8th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Roket Long March 5B yang telah dilancarkan oleh negara China dilaporkan gagal dikawal dan bakal terhempas semula ke Bumi tidak lama lagi. Terbaharu, menerusi laporan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) iaitu Azlikamil Napiah memaklumkan lokasi ‘re-entry’ sebenar sisa tidak dapat diramal dengan tepat.

Artikel berkaitan: Serpihan Roket China Dijangka Terhempas Ke Bumi, Boleh Tengok Lokasi Terkini Secara Live

Menghampiri re-entry zone

Ketidakpastian ramalan lokasi re-entry dipercayai disebabkan oleh perubahan kadar ketumpatan lapisan atas atmosfera, sifat fizikal objek seperti jisim dan komposisi bahan, serta lokasi dan kelajuan objek itu. Tambah pihak MYSA, meramalkan roket tersebut akan jatuh ke Bumi pada sekitar 7 Mei hingga 9 Mei ini.

Ramalan terkini bahawa re-entry roket Long March 5B milik China akan jatuh ke bumi adalah pada 7 Mei jam 9.34 pagi sehingga 9 Mei jam 3 petang waktu Malaysia.

Sisa roket masih mengorbit dan semakin menurun menghampiri re-entry zone. Status ketinggian terkini bagi roket pada hari ini ialah pada ketinggian (dari paras laut) 198.3 kilometer (km) manakala ramalan lokasi re-entry ialah antara latitud 41.5° Utara dan latitud 41.5° Selatan.

Serpihan akan terbakar di atmosfera

Kredit foto: Insider

Azlikamil Napiah bagaimanapun menasihati orang ramai supaya tidak bimbang akan serpihan objek tersebut kerana serpihan besar roket itu akan terbakar di atmosfera, hanya serpihan kecil yang tidak terbakar sahaja akan jatuh ke permukaan Bumi.

Saiz serpihan bergantung kepada saiz roket dilancarkan. Memandangkan saiz roket Long March 5B agak besar, maka serpihan yang berkemungkinan akan terhempas ke bumi juga adalah besar.

Bagaimanapun, sebahagian besar serpihan akan musnah terbakar di atmosfera dan berkecai menjadi serpihan-serpihan kecil. Hanya serpihan yang tidak terbakar sepenuhnya saja yang akan jatuh ke bumi.

Mungkin jatuh di Turkmenistan

Kredit foto: Insider

Sementara itu, memetik laporan Insider memaklumkan serpihan roket jenis Long March-5B milik China dijangka memasuki atmosfera bumi sama ada hari ini atau esok. Malah, lokasi serpihan itu jatuh amat sukar diramal memandangkan ia terhempas tanpa kawalan.

Menurut Skuad Kawalan Angkasa Lepas roket itu akan memasuki ruang atmosfera bumi pada 11.13 malam (Waktu Universal Selaras) atau 7.13 malam (Waktu Timur) pada hari Sabtu ini. Berkemungkinan juga roket itu akan terjatuh di Turkmenistan. Walaubagaimanapun, koordinat akan berubah-ubah sehingga jelas mengetahui waktu roket itu memasuki ruang atmosfera.

Sumber: Harian Metro, Insider

SKIP THIS AD ×