berita

Sultan Selangor Arah Tanggal Papan Tanda Bertulisan Cina Dengan Serta-Merta

November 19th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya semua papan tanda nama jalan bertulisan Cina di sekitar Shah Alam ditanggalkan dan diganti dengan serta-merta.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata baginda menitahkan ia segera digantikan dengan papan tanda jalan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.

Tukar ke Bahasa Melayu

Operasi penukaran papan tanda jalan ini perlu dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum tarikh sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor pada 11 Disember nanti.

Titah Sultan Sharafuddin itu dikeluarkan menerusi satu surat bertarikh hari ini oleh Mohamad Munir kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Baru-baru ini, netizen mempersoalkan isu mengenai penggunaan tulisan Cina pada papan tanda nama jalan di sekitar Kampung Melayu Subang, di sini.

Perkara itu menjadi tular apabila dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook (FB) berserta beberapa gambar papan tanda di kawasan terbabit yang dilengkapi tulisan berkenaan.

Ia turut dilaporkan beberapa media tempatan yang mendapat maklum balas seorang EXCO kerajaan negeri mengenai kebenaran dan kelulusan papan tanda itu di kawasan berkenaan.

Selain itu, seorang aktivis masyarakat juga mempersoalkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang seolah-olah tidak mempunyai kuasa dalam proses kelulusan penggunaan bahasa pada papan tanda di negara ini.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×