berita

Sumbang Makanan Haiwan Di Zoo, Netizen ‘Speechless’ Ustaz Ebit Lew Lagi Yang ‘Turun Padang’

November 16th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) sememangnya berjiwa mulia apabila sering memberi bantuan kepada sesiapa memerlukan. Terbaru, beliau turut menghulurkan sumbangan makanan kepada haiwan di Zoo Negara selepas dimaklumkan masalah kekurangan dana yang dihadapi pihak zoo.

Menurut Ebit Lew, pihak zoo memaklumkan sebanyak RM1 juta sebulan diperlukan untuk menampung perbelanjaan termasuk makanan haiwan dan penyelenggaraan zoo.

Hantar makanan di zoo

Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari zoo negara untuk selamatkan haiwan disana. Perbelanjaan mereka 1 juta sebulan hanya untuk makanan dan penyelenggaraan zoo. Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal pkp. Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg Daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran.

Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan disini. Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya zoo negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi zoo negara.

Perkongsian Ebit Lew mendapat pelbagai respon positif dari netizen yang rata-ratanya terharu dengan kemuliaan pendakwah bebas itu. Bayangkan bukan sahaja membantu mendapatkan air bagi penduduk Selangor, malah beliau turut membantu haiwan-haiwan di zoo dengan memberikan makanan buat habitat di situ.

Tak kurang juga yang mempersoalkan dimana pihak-pihak berwajib yang sepatutnya turun padang menangani masalah ini. Kenapa Ebit Lew yang sentiasa membantu rakyat seolah-olah beliau adun kawasan.

Tersentuh hati lihat kebaikan UEL

Mana pergi ahli politik?

Di ruangan komen, ada yang menyoal dimana kerajaan dan ahli politik yang sepatutnya membantu pihak zoo. Setiap kali berlaku masalah di kalangan rakyat, pasti Ebit Lew yang datang membantu membuatkan orang ramai terharu dengan keperibadian beliau.

Sumber : Ebit Lew

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×