berita

Polis Mula Siasat Ebit Lew

September 19th, 2023 | by Alia
Kini Trending

ebit mondy

Susulan dakwaan laporan polis yang dilakukan oleh seorang wanita dari Indonesia, Mondy Tatto terhadap pendakwah bebas iaitu Ebit Lew, pihak polis mengesahkan telah memulakan sisatan.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Boleh Cepat Sikit Hantar Saman’ – Caprice

Artikel Berkaitan: Dakwa Diri Difitnah, Ustaz Ebit Lew Buat Laporan Polis

Tidak dedahkan laporan

ebit mondy

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, pihak polis tidak mendedahkan laporan tersebut dibuat berkaitan atas kesalahan apa

Dalam pada itu, semalam Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya (USJ 8) bagi membuat laporan berhubung dakwaan dia telah difitnah oleh Mondy menerusi sebuah video yang tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar menjelaskan bahawa laporan tersebut diterima pada jam 2.17 pagi semalam.

Hasil siasatan mendapati, video berkenaan memaparkan wawancara yang dikatakan memfitnah individu terkenal itu dan kini mendapat 225,177 jumlah tontonan, 2,600 tanda suka dan 2,800 komen.

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, beliau berkata bahawa pihak polis akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang.

Terdahulu, wanita bertatu itu tampil membuat pendedahan yang mengejutkan ketika menjadi tetamu bagi sesi podcast yang dikendalikan penyanyi rap sensasi, Caprice.

Antara pengakuan yang dibuat Mondy ialah dia mendakwa telah menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Lew yang dikatakan pernah ‘menyelamatkannya’ sewaktu di negara jiran tersebut beberapa bulan yang lalu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×