berita

Super Junior-M Gamatkan 2012 Asia Super Showcase In Malaysia

December 12th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Wow!  Super Junior-M yang turut dianggotai oleh Siwon, Donghae, Eunhyuk dan Sungmin menemui peminat-peminatnya di Malaysia malam tadi. Acara bertempat di Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur bersempena konsert ’2012 Asia Super Showcase In Malaysia’.

Memang hebat penjualan tiket VIP dan RM183 ‘Asia Super Showcase Malaysia 2012’, sehingga ia habis dijual dalam tempoh kurang daripada sebulan sejak pelancarannya.

Super Junior-M adalah gabungan ahli yang berasal dari Korea dan juga China. Antaranya ialah Siwon, Donghae, Ryeowook, Sungmin, Kyuhyun, Eunhyuk, Zhou Mi dan juga Henry. Showcase yang telah diadakan malam tadi juga merupakan kemunculan mereka yang pertama mereka di Malaysia.

Acara yang dibawakan oleh U Mobile dan anjuran bersama  Marctensia Concerts dan Universal Music Malaysia menampilkan dua lagi  kumpulan atau ‘boy band’ Kpop yang digilai ramai  iaitu  EXO-M dan BtoB.

Persembahan pembukaan diserikan oleh kumpulan BTOB yang mempersembahkan lagu pertama berjudul ‘Born To Beat’ dan pastinya menghangatkan suasana dengan ribuan peminat setia yang hadir. Mereka turut mendendangkan enam buat lagu lain yang menjadi siulan para peminat. Antara lagu lain yang didendangkan ialah Irresistible Lips, Imagine, One Thinking I Know, My Girl, Insane dan Wow.

Kehangatan ‘showcase’ malam tadi disambung dengan sorakan meriah para peminat K-Pop dengan sejurus sahaja kumpulan EXO-M menaiki pentas. Lagu pertama yang bertajuk ‘History’ sudah cukup membuatkan para peminat terpegun ditambah pula dengan tarian yang mantap dari kumpulan ini. EXO-M turut menyanyikan tiga lagi lagu yang berjudul What Is Love, Angle dan Mama.

Teriakan ribuan peminat Super Junior-M yang membanjiri ruangan tingkat 15 Kenanga Wholesale City ini benar-benar mengagumkan, apatah lagi ia turut diiringi dengan kain rentang serta barisan lampu yang dibawa sendiri oleh peminat sejurus sahaja mereka muncul di pentas persembahan malam tadi.

Persembahan yang dimulakan dengan lagu pertama yang berjudul ‘Super Girl’ membangkitkan rasa gemuruh yang tidak terhingga. Bagaikan satu konsert besar, peminat turut sama menyanyi serta mengikut gerak langkah tarian ‘Super Junior–M’.

Showcase lebih meriah apabila mendendangkan lagu lain yang bertajuk At Least I Still Have You, Love Doesn’t Come Alone, Lost, Destiny, dan Too Perfect dalam bahasa mandrin. Persembahan lebih gamat apabila tiba di lagu yang bertajuk Too Perfect dinyanyikan sebagai lagu penutup bagi ‘showcase’ malam tadi.

SKIP THIS AD ×