Perkongsian video pendakwah bebas terkenal, Ustazah Oki Setiana Dewi di laman TikTok mengundang kecaman wargamaya berikutan kenyataan yang dikeluarkan olehnya.
Membalas kenyataan tersebut, rata-rata netizen berpendapat seseorang wanita itu tidak perlu mendiamkan diri walaupun dilayan dengan kejam oleh si suami dan perlu melaporkan kepada pihak berkuasa.
Artikel Berkaitan: ‘Mak Saya Tak Ajar Untuk Jadi Bodoh-Bodoh Depan Lelaki…’ – Dr Amalina Tampil Bidas Kenyataan Prof Muhaya
Artikel Berkaitan:‘Biarlah Macam Bodoh-Bodoh Sikit’ – Kongsi Tips Jodoh Untuk Wanita, Kenyataan Prof Muhaya Terima Kecaman
Isteri hanya perlu diamkan diri?
Menerusi video yang dikongsi, Ustazah Oki Setiana Dewi menceritakan satu kisah yang berlaku di mana sepasang suami isteri sedang bertengkar lalu si suami bertindak di luar kawalan dengan memukul wajah isterinya. Si isteri ketika itu menangis dan alangkah terkejutnya apabila kedua-dua ibu bapanya datang ke rumah mereka.
Suaminya dari jauh berdebar-debar. Ya Allah isteriku sudah pasti akan mengadu sama ibu mentuaku bahawa tadi baru dipukul. Si ibu tanya kepada si anak kenapa dengan kamu? Kenapa kamu nangis mata sampai sembab begitu kenapa?
Si anak menjelaskan ibu ayah Ya Allah saya tadi berdoa kepada Allah. Saya rindu kepada ibu ayah dan sudah lama tidak berjumpa. Saya menangis kerana rindu kepada ibu ayah. Lalu Allah makbulkan doa saya dan terharu lalu menangis.
Si suami dari jauh ketika itu ‘terkejut’ dengan respon yang diberikan oleh isterinya sedangkan wanita berkenaan boleh mengadu kepada kedua ibu bapanya tentang apa yang terjadi namun mengambil keputusan sebaliknya.
Di akhir video tersebut, Ustazah Oki Setiana Dewi memberikan pesanan supaya tidak menceritakan apa yang telah terjadi dan perkara tersebut secara tidak langsung akan memburuk-burukkan pasangan sendiri.
Menyimpan aib sendiri ya Allah luar biasa makin sayang dan cintalah suami tersebut.
Jadi tak perlu cerita-cerita, sekiranya membuat kita memburuk-burukkan pasangan kita sendiri.
Video penuh:
@okisetianadewi13 Tingkat tertinggi akhlak istri #okisetianadewiofficial #dakwah #islam #fyp? ? Kiss the Rain – Richard Abel
Netizen persoalkan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dikatakan kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustazah Oki Setiana Dewi dan menjelaskan keganasan yang berlaku perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Bukan itu sahaja, mereka turut akui ‘terkejut’ dengan kenyataan tersebut dan mempersoalkan kredibiliti Oki selaku pendakwah yang disegani ramai.
Sumber: Oki Setiana Dewi