Semua orang ada cara mereka tersendiri untuk mengemas rumah. Ada yang suka sangat kemas rumah sampai tak kisah nak kemas hari-hari, ada yang sampai dah kotor betul baru nak bersihkan. Cara masing-masing!
Bukan itu sahaja, cara pembersihkan mereka juga berbeza-beza! Tak kira bersihkan dapur, bilik tidur atau pun ruang tamu. Semua orang ada rutin pembersihan mereka tersendiri.
Tapi, seberapa lama atau macam mana pun cara kita mengemas, korang tahu tak yang bakteria dan kuman masih lagi ada disekitar rumah?
Antara tempat yang paling banyak kuman dan bakteria ialah:
Tandas
Tandas adalah satu ruang yang dikongsi bersama keluarga, bila dah semua orang pun guna tanda yang sama lagilah macam-macam kuman akan tinggal dekat sini. Setiap inci dan ruang tandas berpotensi untuk dipenuhi kuman dan bakteria tau!
Cadar dan sarung bantal
Tahu tak cadar dan sarung bantal yang tidak ditukar dan dibershkan dengan dengan kerap merupakan punca masalah jerawat? Haa.. Sekarang dah tahu. Kena rajin jaga kebersihan tempat tidur tu juga okay!
Sinki dapur
Walaupun korang basuh pinggan mangkuk korang hari-hari dan setiap masa, tak bermakna yang sinki korang bersih secara automatik! Kalau korang biarkan sinki tanpa diberus seeloknya, ia akan mengakibatkan sinki korang jadi tempat pembiakan kuman dengan pantas!
Countertop
Sama juga dengan sinki di countertop rumah korang tu! Meskipun kawasan tersebut selalunya digunakan untuk penyediaan makanan je tapi tak bermakna ianya bebas kuman. Malah, tempat ni paling penting untuk dijaga tau! Takut nanti bakteria boleh merebak ke dalam makanan yang korang sediakan pula.
Suis lampu, tombol pintu dan pemegang perabot
Perasan tak kita jarang sangat atau hampir tak pernah pun lap dan bersihkan suis lampu, tombol pintu serta pemegang perabot dekat rumah tu. Mungkin sebab kita rasa bukannya ada apa pun kawasan ni. Hello! kalau 10 orang pegang tempat yang sama kita tak tahu bakteria apa yang dah melekat dekat situ ya..
Barang yang hari-hari korang gunakan
Handphone, laptop, remote TV, kunci, semuanya berisiko untuk menjadi tempat pembiakan kalau korang tak bersihkan ia selalu.
OHBULAN bersama Medklinn berkolaborasi untuk mengetahui betapa kotornya rumah rakyat Malaysia ni. Jom jawab survey ni!
Penting untuk rumah korang sentiasa bersih supaya boleh mengelakkan sebarang penyakit!
Rumah yang bersih bukan sahaja boleh menghindarkan korang dari sebarang penyakit tapi ia juga membuatkan rumah korang lebih selesa dan boostkan mood korang.
Bayangkan bangun tidur rumah korang busuk dan berhabuk, mesti tak selesa kan?
Selain daripada membersih biasa, antara cara yang paling efektif untuk bersihkan rumah ialah dengan pensterilan!
Membersih dengan menyapu, mop dan vakum rumah boleh menghilangkan kekotoran dan habuk secara dasarnya. Tapi dengan sanitasi atau disinfeksi, ia boleh membersihkan rumah dari sebarang bakteria dan juga virus merbahaya.
Malahan, pensterilan juga merupakan teknik pembersihan yang paling selamat untuk rumah korang ni. Dengan menstrilkan rumah korang secara berterusan-24jam sehari, segala micro-organisma akan dihapuskan seterusnya membuatkan keluarga korang lebih selamat dan sihat! Macam ada perlindungan extralah untuk keluarga korang!
Steriliser dari Medklinn ni boleh bantu bersihkan udara dan permukaan di rumah korang! Portable pulak tu!
Dengan dunia teknologi yang lebih maju kini, korang tak perlu dah nak rasa takut.
Teknologi Cerafusion Medklinn ni ia mereplikasi proses pensterilan semula jadi dengan menghasilkan Oksigen Aktif yang terdiri daripada tahap ozon dan ion negatif yang terkawal. Oksigen Aktif menghilangkan 99.9% virus, bakteria, alergen, kulat, bau busuk, dan bahan toksik lain*.
Apa yang membuatkan ia lagi best adalah, Medklinn Versa 45 dan Versa 25 ni bersaiz kecil, ringan dan juga low maintainance.
So, korang hanya perlu cucuk USB cable atau gunakan power bank dan ia akan mula sterilise persekitaran bilik korang tu. Tak kisah dimana pun korang berada dan on je!
**Berdasarkan ujian makmal mikrobiologi yang dijalankan oleh Monash University menunjukkan penurunan ketara dalam mikroorganisma berbahaya setelah menggunakan teknologi Cerafusion.
Nantikan keputusan survey kami untuk tahu betapa kotornya rumah rakyat Malaysia ni, mesti korang tak sangka punya!
Kemudian baru lah korang terfikir rasa betapa pentingnya untuk ada steriliser ni dekat rumah! Ada pelbagai warna pulak tu untuk sesuaikan dengan personaliti korang! Comel kan? Lepas ni baik dibilik, diruang tamu mahupun didalam store, korang tak perlu risau sebab korang sentiasa dilindungi.
Layari laman web Medklinn untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai produk ni!