berita

Susah Senang Sampai Berjaya, Tapi Suami Kantoi Pergi Kelab Malam & Layan Ramai Wanita– ‘Aku Selalu Dipukul’

January 6th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang isteri apabila mengetahui suami yang selama ini disayangi dan dipercayai sepenuh hati tergamak mengkhianati dirinya.

Artikel Berkaitan: 4 Tahun ‘Crush’ & DM Tak Henti, Peminat Akhirnya Jadi Isteri Artis Kesayangan – ‘Jumpa Sekali Terus Kahwin’

Artikel Berkaitan: 13 Tahun Syak Isteri Curang, Lelaki Ragu Status Anak Nangis Tengok Keputusan DNA, Rupanya Memang Anak Sendiri!

Suami curang, masuk kelab malam

Seorang wanita meluahkan rasa sedih dengan sikap suaminya yang mula berubah hingga tergamak melakukan kekerasan rumah tangga terhadapnya. Mengenang kembali momen-momen indah bersama, wanita ini akui dia dan suami sering berkongsi suka dan duka malah suaminya itu seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab menjaganya.

Kita pun bahagia hingga Allah SWT menaikkan darjat kita. Allah SWT mengkurniakan kita seorang anak yang lucu, berharap kelak menjadi orang berjaya dan soleh. Bersyukur kita diberikan bertubi-tubi rezeki daripada Allah SWT hasil kerja keras kita.

Namun kebahagiaan dan kejayaan yang dibina mula diuji dengan pelbagai ujian. Wanita ini mula curiga selepas suaminya jarang pulang ke rumah. Malah dia kerap mendengar khabar dari kenalannya tentang sikap suaminya yang sering ke kelab malam.

Namun sering masuk ke kelab malam dan benar kamu bermain perempuan. Kamu memberikan luka hati yang begitu menyayat, memijak harga diri orang yang selama ini setia kepadamu. Kamu menghancurkan segalanya. Semua yang sudah kita jayakan bersama-sama.

Memberikan luka hati dan fizikal. Kekerasan dalam rumah tangga kita, kamu tidak cukup dengan satu wanita. Aku fikir dengan hidup serba cukup akan membuat kita bahagia tetapi ternyata salah. Dan inilah akhir dari hubungan kita.

Wanita ini akui sedih dengan nasib yang menimpa rumah tangganya namun dia reda dengan segala ketentuan-Nya.

Sumber: Makasar Info

SKIP THIS AD ×