Kalau dah jodoh tak kemana! Itulah perumpamaan yang sesuai menggambarkan hubungan pasangan ini yang pada awalnya hanyalah sebagai seorang artis dan peminat sahaja. Namun siapa sangka, hubungan tersebut akhirnya membawa ke jinjang pelamin.
DM ‘crush’ dari tahun 2015
Tak dinafikan, kisah rumah tangga wanita yang dikenali dengan nama Uffri Datun Nitami dan suaminya, Evan Marvino telah mendapat perhatian netizen terutamanya rakyat Indonesia. Malah ramai netizen ‘cemburu’ dengan kisah percintaan Uffri yang akhirnya berjaya menawan hati artis pujaannya.
Bercerita dengan lebih lanjut, Evan memberitahu Uffri kerap menghantar Direct Message (DM) di Instagramnya namun Evan langsung tidak pernah membalasnya. Meskipun ketika itu Evan mempunyai ‘teman wanita’, tetapi Uffri sebagai peminat tidak pernah berhenti menyokong idolanya itu. Namun siapa sangka, suatu hari Evan terbuka hati membalas DM yang dikirimkan Uffri dan sejak daripada itu mereka mula berhubung. Malah, Evan juga ada berkongsi masalah peribadinya kepada Uffri termasuklah kisah putus cintanya.
Kahwin dengan idola
Menurut sumber, mereka berdua kemudian mengerjakan solat istikharah dan akhirnya membawa kepada sesi taaruf. Pada 1 Januari 2021, tindakan Evan memuat naik fotonya bersama Uffri di Instagram dengan memberitahu bahawa dia akan bernikah telah mengejutkan ramai terutamanya dalam kalangan para peminat.
Difahamkan, Evan telah bertemu keluarga Uffri di Aceh pada 13 Januari 2021 dan itu merupakan kali pertama mereka berjumpa sebelum mendirikan rumah tangga. Evan dan Uffri akhirnya membuat keputusan untuk bernikah pada 15 Januari 2021. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawa Chana Alvina.
Video
Sumber: TikTok, Suara.com, IntipSeleb