berita

Suspek Kes Pergaduhan Sehingga Maut Di Lebuhraya Utara Selatan, Didakwa Hari Ini

August 22nd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Beberapa minggu lalu, viral di media sosial mengenai satu kes pergaduhan yang membabitkan dua orang lelaki di Lebuhraya Utara Selatan. Insiden itu mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan suspek tersebut.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, tertuduh yang dikenali Yew Wei Liang telah didakwa di Makamah Majistret Kajang, pada hari ini di atas pertuduhan membunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir.

Tiada pengakuan diambil

Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris, tiada pengakuan diambil daripada suspek. Ini berikutan kes bunuh adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Tertuduh seolah faham dan mengangguk ketika berada di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Yew Wei Liang didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Syed Muhammad Danial, 29, antara jam 1 tengah hari dan 2 petang di Kilometer 293.6 Lebuhraya Utara Selatan (Kuala Lumpur menghala Seremban) pada 10 Ogos lalu. Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Tidak membenarkan jaminan

Terdahulu, Peguam S Selvam yang mewakili tertuduh memaklumkan bapa keluarga lelaki itu menerima panggilan telefon daripada isteri Yew selepas insiden terbabit.

Bagaimana keluarga boleh menerima panggilan telefon daripada nombor isteri anak guam, sedangkan telefon bimbit itu berada dalam pegangan polis. Selain itu, anak guamnya juga memaklumkan dia mengalami kecederaan akibat penderaan yang kemudiannya dibawa ke Hospital Kajang pada 13 Ogos lalu.

Sepanjang tempoh reman, anak guamnya dipaksa oleh polis untuk membuat pengakuan atas kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sedangkan tertuduh mendakwa insiden itu hanyalah kemalangan jalan raya. Selvam memohon mahkamah supaya menetapkan tarikh bagi mendengar aduan berhubung perkara tersebut.Tiada sebarang jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan menetapkan 27 September depan sebagai sebutan semula kes bagi menyerahkan laporan termasuk isu yang timbul.

Pergaduhan antara suspek dan mangsa

Sebelum ini, mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku berpunca daripada kemalangan kecil antara Syed Muhammad Danial dengan tertuduh selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.

Difahamkan, kereta Syed Muhammad Danial melanggar bahagian belakang kereta suspek dan menyebabkan berlaku kejar-mengejar sehingga kenderaan mereka berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi. Menurutnya, pergaduhan antara suspek sebelum mangsa yang dikatakan tidak berpuas hati keluar dari kenderaannya dengan membawa kayu besbol dan terus memukul bahagian hadapan kereta suspek.

Tambahnya, suspek yang kemudian menekan pedal minyak dalam keadaan tergesa-gesa terlanggar Syed Muhammad Danial. Kejadian itu menyebabkan Syed Muhammad Danial tersepit di antara kereta suspek dan penghadang jalan sebelum dikejarkan ke Nilai Medical Centre oleh orang awam.

Sumber: Harian Metro & Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×