berita

‘Suspek Secara Tiba-Tiba Telah Memegang Kemaluan Mangsa’ – Remaja Diraba Warga Bangladesh

August 16th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Dunia hari ini terlalu banyak isu yang berkaitan dengan gangguan seksual. Jika sebelum ini kecoh di media sosial berkaitan seorang kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun dicabul oleh seorang pekerja mamak. Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila seorang warga Bangladesh ditahan kerana melakukan gangguan seksual dengan memegang kemaluan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

Menerusi Kosmo Online, mangsa pada ketika itu berada di Pasar Seni untuk membeli belah bersama ahli keluarganya. Semasa kejadian berlaku, ibu mangsa sedang solat dan bapa mangsa sedang menjaga adiknya.

Suspek memegang kemaluan mangsa…

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visunathan Abdullah, difahamkan semasa kejadian, mangsa ditegur oleh suspek yang juga merupakan penjual baju di situ dan telah meminta mangsa untuk mencuba baju kemeja yang dijualnya sebelum kemaluan mangsa dipegang oleh suspek.

Namun, ketika mencuba baju tersebut, suspek secara tiba-tiba telah memegang kemaluan mangsa sebelum menunjukkan isyarat mahu menghisapnya.

Mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek kemudian telah melarikan diri sebelum memaklumkan kepada ahli keluarganya.

Suspek ditahan polis…

Ahli keluarga mangsa kemudian segera menghubungi pihak polis untuk melaporkan kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh mangsa.

Bertindak atas laporan, anggota polis kemudian telah berjaya menahan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

Sumber: Kosmo Online

SKIP THIS AD ×