berita

Syada Amzah Nafi Bela 50 Kucing – ‘Sekarang Masih Sibuk Pindah Rumah’

October 24th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

syada 50 ekor kucing

Penyanyi Syada Amzah menafikan dia dan keluarga mempunyai 50 ekor kucing peliharaan di rumah banglo di Hulu Langat, Selangor.

Artikel Berkaitan: ‘Eiza Duduk Sejak Tahun 2021, Bil Api Air Tak Bayar’ – Shila Amzah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Terkejut Kucing Di Rumah Hulu Langat Jadi 50 Ekor, Dakwa Kekasih Syafiq Tambah Lagi 10

Tengah sibuk pindah

shila amzah nd lala

Menerusi hantaran di Instagram Story, Syada, 25, menegaskan dakwaan yang bertebaran di media sosial itu tidak benar sama sekali.

Penafian… saya tidak memiliki 50 ekor kucing.

Dalam pada itu, pemilik nama Nursyuhada Amir Amzah menyatakan tawaran untuk mana-mana pihak yang berminat untuk membela kucing akan dibuka mulai hujung November ini.

Kata Syada, dia kini sibuk menguruskan proses untuk berpindah keluar daripada rumah kakaknya, Shila Amzah.

Saya membuka untuk ambil kucing angkat hujung November ini. Sekarang masih sibuk pindah rumah.

Siapa yang serius nak jaga boleh beritahu saya.

Syada IGS

Terdahulu, perang antara adik beradik Syada bermula selepas kakaknya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.

Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu.

Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.

Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang.

Sementara itu, Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau dan dilayan seperti haiwan jalanan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×