berita

Shila Amzah ‘Halau’ Kekasih Adik Lelaki Keluar Dari Banglo – ‘Selewatnya Esok Sebelum Tindakan Diambil’

October 19th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Shila amzah eiza

Penyanyi Shila Amzah memberi amaran kepada seorang wanita yang dipercayai merupakan kekasih kepada adik lelakinya, Amir Syafiq iaitu Eiza untuk keluar dari rumah banglonya di Hulu Langat, Selangor.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Lelaki Shila Amzah Nafi ‘Biawak Hidup’, Bekerja Dalam Industri Seni Juga – ‘Nak Pergi China Nanti’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Lelaki Sulung Dakwa Shila Amzah Terajang Pintu, Pernah Janji Tak Akan Jual Rumah Pusaka – ‘Dia Ingat Duit Boleh Bawa Mati’

Kena keluar dari rumah

shila amzah nd lala

Menerusi Instagram Story, Shila, 33, berkata dia memberi tempoh sehingga keesokkan hari (Jumaat) untuk Eiza keluar daripada rumah miliknya.

Tegas Shila, dia juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya arahan itu tidak dipatuhi.

Assalamualaikum, teruntuk orang luar yang sebenar. Eiza yang dah lama duduk di rumah saya di Langat tu. Sila keluar selewatnya esok sebelum saya ambil tindakan undang-undang. Sila keluar dengan kadar segera.

Dalam pada itu, pemilik nama Nurshahila Amir Amzah turut mengingatkan Eiza untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dirinya dan keluarga di media sosial.

Satu lagi kata tentang diri saya dan keluarga saya di akaun sosial media awak. Saya akan hantar surat tuntutan kepada awak.

Sha dah pernah beritahu melalui mak saya untuk meminta awak keluar sejak tahun lalu. Dia pindah masuk tanpa kebenaran saya.

Terdahulu, perang antara adik beradik Syada bermula selepas kakaknya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.

Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu.

Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.

Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang.

Sementara itu, Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau dan dilayan seperti haiwan jalanan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×