berita

Syada Amzah Sedih Terpaksa ‘Lepaskan’ Sebahagian 37 Ekor Kucing Peliharaan, Netizen Tanya Kenapa Banyak Sangat

October 27th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, adik kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Syada Amzah ingin memberikan kucing peliharaannya kepada sesiapa sahaja yang berminat. Menurut Syada, dia mempunyai 37 ekor kucing di rumah.

Prefer ambil kembar

Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada binti Amir Amzah berkata dia terpaksa mengambil keputusan untuk memberikan kucing peliharaannya kepada sesiapa sahaja yang berminat kerana bakal bertunang atau menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan.

Tambah Syada, kesemua kucing itu dipungut di tepi jalan dan dijaga dengan baik. Walaupun terpaksa memberikan semua kucing kepada orang lain, Syada bagaimanapun tidak mahu memisahkan kucing tersebut. Oleh itu, dia berharap ada individu yang sudi mengambil kembar dua dan lima itu serentak.

Jaga kucing sejak usia 8 tahun

Bercerita lebih lanjut, Syada mengakui dia seorang pencinta kucing sejak usianya 8 tahun. Kucing-kucing yang ada bersamanya itu sudah dijaga dengan baik selama setahun. Sebagai pencinta kucing, Syada merasakan bahawa anak bulus itu layak untuk dicintai dan dijaga. Jelas Syada lagi, bukan semua kucing dia akan memberikan kepada orang.

Nak ‘let go’ sebab kahwin?

Berikutan daripada ciapan tersebut, ramai yang mempersoalkan kenapa Syada membela banyak kucing sedangkan dia tidak mampu untuk berbuat demikian. Menurut seorang individu, Syada sepatutnya berfikir mengenai kehidupannya untuk jangka masa yang panjang. Tambah individu tersebut, alasan Syada untuk memberikan kucingnya kepada orang lain sangat tidak logik.

Susulan daripada itu, pelakon Nia Atasha tampil ‘back up’ Syada dan berkata tindakan rakannya itu tidak salah. Bahkan, Syada tidak membuang kucing tersebut ke jalanan semula.

Sumber: Syada Amzah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×