Usahawan dan personaliti media sosial, Syafiqah Aina mempunyai sebab tersendiri menghantar anak sulungnya, Raisya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Mereka Tahu Isteri Saya Hebat’ – Hafiz Mahamad Agih Bunga Ros Buat Pramugari

Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Syukur Dikurniakan Isteri Handal Di Dapur – ‘Setiap Kali Aina Masak, Rasa Macam Dia Nak Pikat Saya’

Sekolah Cina

Menerusi perkongsian di media sosial, Aina menjelaskan keputusan tersebut diambil selepas menilai elemen pembelajaran di sekolah tersebut yang dipercayai mampu membentuk anaknya menjadi pelajar cemerlang.

Aina memang mahu menghantar anak-anak ke sekolah Cina kerana bagi saya, terdapat banyak kelebihan dari segi kemahiran bahasa tambahan, disiplin dan akademik.

Ketika mereka masih kecil, otak sedang berkembang dan mereka berada dalam fasa paling seronok untuk belajar banyak benda. Inilah masa terbaik untuk merancang pendidikan mereka.

Selain itu, Aina juga mahu memberikan pendedahan tentang penguasaan bahasa dengan lebih awal kepada anaknya.

Apabila dihantar lebih awal ke sekolah Cina, mereka mempunyai peluang untuk mempelajari lebih banyak bahasa.

Pada usia kecil, pembelajaran lebih mudah difahami dan diserap berbanding belajar bahasa ketiga apabila mereka sudah besar nanti.

Kalau dia ada skill cakap Mandarin, bila besar nanti peluang kerja pun lagi besar. Saya memang fully cakap bahasa Melayu di rumah tapi Raisya belajar cakap Inggeris bila pergi sekolah Cina dan insyaAllah nanti boleh cakap Mandarin pula.

Disiplin di sekolah

Dalam masa sama, Aina juga yakin sekolah tersebut dapat melahirkan insan yang berdisiplin dan berdikari, sekali gus membentuk pelajar yang bukan sahaja berjaya dalam akademik, malah matang dari segi peribadi.

Dari segi disiplin pula, Aina merasakan sekolah Cina lebih tegas terutama berkaitan masa, kerja rumah dan mereka juga mendidik anak-anak supaya lebih berdikari sejak di bangku sekolah.

Walaupun sedih sedikit kerana ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah dan menunggu anak pada hari-hari awal persekolahan. Kami hanya boleh turunkan mereka di hadapan pintu pagar.

Mengulas lanjut, Aina juga memberitahu sebab mengapa dia tidak menjadikan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa sebagai pilihan.

Aina memang tidak pernah merancang untuk menghantar anak-anak ke sekolah swasta atau antarabangsa kerana mahu mereka merasai pengalaman seperti yang pernah dilalui oleh mommy dan daddy dia.

Orang cakap, sekolah kerajaan lagi banyak peluang, aktiviti sekolah dan lain-lain.

Sumber: Syafiqah Aina