Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad tidak lelah membawa nama isteri tercinta ke mana sahaja dirinya berada.

Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Syukur Dikurniakan Isteri Handal Di Dapur – ‘Setiap Kali Aina Masak, Rasa Macam Dia Nak Pikat Saya’

Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Pertahan Isteri, Dedah Syafiqah Aina Urus Rumah Sendiri Walau Ada Pembantu

Sayang isteri

@hafizmahamad

Bunga untuk pramugari. Dari 9 tahun lepas sampai sekarang, Saya taknak malu untuk buat kerja ni semua. 9 tahun saya kemana mana untuk kenalkan nama isteri saya 🤍

♬ original sound – Hafiz Mahamad – Hafiz Mahamad

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Hafiz dilihat mengagihkan beberapa kuntum bunga ros kepada beberapa orang pramugari sebuah syarikat penerbangan.

Ujarnya, dia mahu lebih ramai mengenali kehebatan isterinya, Syafiqah Aina.

Bunga untuk pramugari.

Dari 9 tahun lepas sampai sekarang, saya tak malu untuk buat semua kerja ini.

9 tahun saya kemana-mana untuk kenalkan nama isteri saya.

Saya nak mereka tahu isteri saya hebat.

Tidak akan berhenti saya usahakan cita-cita isteri saya.

9 tahun dan saya masih bekerja keras untuk impian Aina.

Netizen jadikan inspirasi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat usaha Hafiz yang tidak pernah pudar dalam memberi yang terbaik buat keluarganya. Selain itu, warganet turut menganggap rezeki yang melimpah ruah disebabkan sifatnya yang selalu mengutamakan isteri.

Sumber: TikTok @hafizmahamad