Sekadar gambar hiasan
Tidak dinafikan kehilangan orang yang kita sayang, merupakan momen yang sukar untuk diterima. Namun, sebagai hambaNya kita terpaksa akur dan reda dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
‘Perginya isteriku di bulan yang baik’
Foto: Muhammad Harraz
Seperti perkongsian seorang suami dikenali sebagai Muhammad Harraz menerusi satu posting di laman Facebook menceritakan telah kehilangan isteri tercinta ketika melahirkan cahaya sulung mereka. Difahamkan, isterinya telah dijemput menghadap Si Pencipta pada hari yang penuh barakah iaitu hari Jumaat.
Perginya isteriku di bulan yang baik. Syahid dan syurga buat mu sayang baba akan selalu mendoakn mama baba akan ingat selalu pesan mama. Baba rinduu mama, baba tak kuat maaa. Baba akan jaga anak baba dengan mama yang terbaik semoga anakku jadi anak yang soleh seperti mama yang solehah baba tak kuat.
Apa yang lebih meruntun hati, apabila lelaki ini sempat menitipkan janji buat arwah isterinya untuk menjaga dan membesarkan putera sulung mereka dengan sebaik mungkin walaupun terpaksa membesarkan tanpa seorang isteri di sisi.
Ya Allah ampuni dosa-dosa isteriku rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga rohnya di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.
Jual baju live di Facebook
Foto: Tangkap layar video
Pada masa yang sama, lelaki ini sebelum ini turut menjalankan perniagaan menjual baju kanak-kanak yang dijual dengan harga yang berpatutan menerusi kaedah Facebook live pada waktu malam.
Difahamkan, sebelum ini ketika sesi jualan tersebut berlangsung arwah isterinya juga turut menolong suaminya dan dapat dilihat ramai yang turut menyokong dan membeli pakaian yang dijual oleh mereka.
Sumber: Muhammad Harraz