
Penyanyi, Syamel mengakui berasa terkilan apabila lagu miliknya berjudul Hamba Cinta gagal lolos ke separuh akhir Muzik-Muzik 40 (SFMM40).
Artikel Berkaitan: SFMM40: Shiha Zikir Reda ‘Renjana’ Gagal Lolos – ‘Harapan Tinggi Sebab Lagu Itu Untuk Arwah Abah’
Terkilan

Menerusi hantaran di Threads, Syamel berkata, dia sudah berusaha sehabis baik untuk memperjuangkan karya tersebut, namun menganggap rezeki masih belum menyebelahinya.
Sudah buat sehabis baik. Kadangkala yang terjadi di luar kawalan bidang kita. Sedikit terkilan sebab saya betul-betul mahu bawa Hamba Cinta lebih besar kepada kalian. Tapi tidak semua orang ada visi dan usaha yang sama.
Meskipun hati berasa kecewa, Syamel tetap menzahirkan ucapan terima kepada semua pihak yang terlibat.
Terima kasih TV3 dan keluarga Universal Music yang sentiasa memberi sokongan kepada saya.
Mengakhiri hantaran tersebut, suami kepada Ernie Zakri sempat menulis ‘rehat sekejap lah’ sekali gus seakan memberi bayangan adakah dirinya sudah merajuk untuk berkarya selepas ini.
Terdahulu, sebanyak 20 buah lagu telah diumumkan layak ke SFMM40 yang akan berlangsung pada 17 dan 18 April ini.
Antara karya yang akan berentap adalah Hijab Rindu, Nurcinta, Nostalgila, Lemah, Kerana Ego, Tangisan Seorang Pendosa, Pernah Punya Aku, F, Tiwikarma, Puaskah dan Seribu Tahun Lagi.
Selain itu, turut bersaing adalah Tak Adil, Semacam Pandora, Takdir & Rasa, Cak Cak Cekuk, Hilangmu Tak Terganti, Kamu, Ke Mana Ni, Menyala dan Lumangad Oku Dika.
Sumber: Threads








![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)