berita

Syamel Terbuka Khawla Jadi Artis, Pendidikan Tetap Keutamaan – ‘Nampak Dia Minat Semua Itu Tapi Saya Taknak Paksa’

January 26th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Penyanyi, Syamel mendedahkan dia bersifat terbuka sekiranya anak perempuan, Nur Khawla Soleha ingin mengikut jejak langkah berkecimpung dalam industri hiburan suatu hari nanti.

Artikel Berkaitan: ‘Pendidikan Sangat Penting Dalam Hidup, Kena ‘Balance’ Antara Minat & Pelajaran’ – Syamel

Tak nak paksa Khawla

Ketika ditemui OhBulan!, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkata, meskipun Khawla ada menunjukkan minat menari dan menyanyi ketika di rumah namun, dia tidak akan memaksa anaknya memandangkan umurnya masih kecil.

Bila di rumah, adalah nampak Khawla ini suka menari, suka menyanyi dan macam cenderung ke arah itu (hiburan).

Tapi, saya taknaklah macam memaksa anak saya untuk suka dan meminati apa kerjaya saya dan Ernie.

Cuma adalah saya belikan permainan seperti piana dan mikrofon untuk memupuk minat itu dalam diri dia.

Syamel berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media program Wacana Srikandi sempena Hari Wanita Sedunia yang diadakan di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam pada Rabu.

Ketika ditanya mengenai tawaran lakonan diberikan kepada Khawla, penyanyi berusia 30 tahun ini mendedahkan anaknya itu sudah pun mula dirisik beberapa agensi.

Namun begitu, Syamel menjelaskan bahawa dia dan isteri, Ernie Zakri akan cuba sedaya upaya untuk mengehadkan pembabitan itu dalam diri Khawla.

Sebenarnya ada saja tawaran yang diberikan dan tak lama lagi Khawla pun akan mula untuk berikan komitmen.

Setakat ini pun kami tak adalah ambil job yang terlalu banyak untuk Khawla. Kalau ambil pun hanya sekadar untuk selit-selitkan penampilan dia dalam muzik video macam itu sahaja.

Namun, saya dan Ernie cuba hadkan perkara ini supaya taknak Khawla rasa yang dia itu sudah mula bekerja. Kita tak mahu emosi serta minda dia yang masih kecil terganggu.

Tapi kalau tanya okay atau tidak, saya dan Ernie sangat terbuka Khawla diberikan pendedahan selagi mana perkara itu tidak memenatkan diri dia.

Sementara itu, pelantun lagu ‘Bahagia Milik Kita’ menekankan dia tetap meletakkan pendidikan sebagai keutamaan dalam diri Khawla.

Sebesar dan seluas mana pun pendedahan yang saya dan Ernie berikan kepada Khawla, kami tetap akan pastikan anak kami ini seimbang dari segi pendidikannya.

Kami masih percaya yang pendidikan itu sangatlah penting dan yang menggerakkan anak-anak itu adalah ibu bapa itu sendiri.

Sekadar info, Syamel dan Ernie selamat mendirikan rumah tangga mereka pada Mac 2021 lalu dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan Khawla yang bakal mencapai usia dua tahun pada Februari 2024 nanti.

SKIP THIS AD ×