berita

Syamsul & Sarah Nikah Februari – Datin Patimah Ismail

January 13th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-01-13 at 8.07.23 PM

Berikutan tersebarnya 3 keping gambar yang dipercayai foto ketika Puteri Liyana Sarah dirisik oleh keluarga Syamsul Yusof , ibu kepada pengarah muda itu, Datin Patimah Ismail telah mengesahkan bahawa dua merpati sejoli itu akan dinikahkan pada bulan Februari ini.

Artikel Berkaitan: Keluarga Syamsul Yusof Risik Puteri Sarah Liyana

Menurut laporan mStar Online, majlis merisik itu diadakan semalam (Ahad) secara sederhana di kediaman keluarga wanita pilihannya itu yang terletak di Sri Damansara.

“Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah”

Screen Shot 2014-01-13 at 8.07.59 PMAkhirnya, Syamsul Yusof memilih Puteri Sarah Liyana sebagai suri hidupnya

Melalui perbincangan yang dilakukan, kedua belah pihak bersetuju supaya majlis pernikahan dilangsungkan pada bulan hadapan. Walaubagaimanapun, tarikh yang tepat bagi majlis pernikahan tersebut masih belum diputuskan lagi.

Datin Patimah turut memberitahu bahawa Syamsul menyatakan hasrat untuk memperisterikan Puteri Liyana Sarah selepas pulang daripada menunaikan ibadah Umrah pada 28 Disember yang lalu.

“Kata Syamsul sepanjang berdoa di Mekah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.”

Screen Shot 2014-01-13 at 8.06.55 PMPengarah muda ini dirancang akan bernikah dengan pilihan hatinya pada Februari ini

Merestui pilihan anaknya itu, Datin Patimah menyifatkan bahawa Puteri Liyana Sarah adalah seorang gadis yang bersikap lemah lembut dan terbuka.

Datin Patimah merancang untuk mengadakan majlis sambut menantu secara serentak memandangkan anak bongsunya, Syafiq Yusof juga akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun depan.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×