Pengarah filem, Datuk Yusof Haslam mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur dalam kontroversi panas melibatkan anak lelakinya, Syamsul yang didakwa bakal berkahwin dengan anak pelakon veteran Kazar Saisi, iaitu Ira.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video Palsu Itu!’ – Isteri Yusof Haslam
Enggan ulas
Ketika ditemui OhBulan!, Yusof menyatakan dia ingin menjaga hati semua pihak yang terlibat selain enggan mengeruhkan lagi keadaan.
Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit.
Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya.
Ditanya sama ada akan bersemuka, Yusof, 57, berkata Syamsul yang harus menyelesaikan masalah dihadapinya tanpa perlu membabitkan semua pihak.
Soal ini Syamsul yang perlu jawab dan tiada keperluan untuk saya bertemu dengan pihak sana.
Jangan patah harapan
Dalam pada itu, Yusof juga berharap anak sulungnya itu kuatkan hati berdepan serta menangani kontroversi terbaru itu kerana isu peribadi masalah biasa untuk selebriti.
Saya harap dia kuat semangat dan jangan patah harapan. Terus berani berjuang dan jangan takut dengan masalah.
Tak nampak bayang
Sementara itu, kelibat pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof langsung tidak kelihatan sepanjang enam jam majlis tayangan perdana filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang merupakan arahan beliau.
Menurut Pengarah Urusan Studio Kembara dan Penerbit filem berkenaan, Abdul Rahman Mt Dali, Syamsul memberi alasan tidak sihat.
Maaf, dia tak dapat hadir. Dia beritahu tidak berapa sihat.
Difahamkan, adik Syamsul, Shamin Yusof, ketika ditemui media di majlis yang sama memaklumkan abangnya itu memang mengalami demam panas sedikit namun berusaha untuk datang jika tiada halangan.
Terdahulu, sebuah blog mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada aktor veteran.
Biarpun tidak mendedahkan identiti namun rata-rata netizen mengesyaki gosip itu berkait rapat dengan Syamsul dan Ira.
Laporan itu melaporkan Syamsul sudah bertemu dengan bapa mentuanya untuk berbincang hal pernikahan mereka.