Baru-baru ini timbul khabar angin yang mendakwa penerbit filem Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan Ira yang merupakan anak kepada pelakon senior Kazar Saisi.
Artikel Berkaitan: ‘Memang Tiada Maruah Ke Hadap Suami Orang?’ – Empat Tahun Pendam, Puteri Sarah Mengamuk Dengan Ira Kazar
Jangan tulis berita tak pasti!
Isteri kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Fatimah Ismail tampil bersuara mengenai desas-desus tersebut. Ketika dihubungi OhBulan!, Fatimah memohon agar media tidak menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya.
Kata Fatimah, dia akan menghubungi Kazar supaya berhenti mengugut anak lelakinya untuk berkahwin dengan Ira menggunakan modus operandi video palsu.
Janganlah di war-warkan berita yang belum sahih. Tolonglah.. Saya akan bagitahu keluarga Kazar supaya jangan ugut anak saya kahwin dengan video-video palsu itu!
Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anak.
Diam bersebab
Dalam pada itu, Fatimah menegaskan Syamsul memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan mengeruhkan situasi yang sedang tegang.
Syamsul diam kerana tak mahu memburukkan keadaan!
Terdahulu, sebuah blog mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada aktor veteran.
Biarpun tidak mendedahkan identiti namun rata-rata netizen mengesyaki gosip itu berkait rapat dengan Syamsul dan Ira.
Laporan itu melaporkan Syamsul sudah bertemu dengan bapa mentuanya untuk berbincang hal pernikahan mereka.