berita

Syamsul Tenang Tiba Di Mahkamah, Puteri Sarah Harap Boleh Bawa Haluan Masing-Masing

April 10th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana tiba diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pagi Isnin untuk keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Syamsul kelihatan tenang

Syamsul yang mengenakan pakaian serba hitam dilihat tiba di perkarangan mahkamah pada jam 8:55 pagi diiringi peguam dan sepupunya. Pengarah berusia 38 tahun ini kelihatan tenang dan sempat menyapa para media.

Sementara isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana tiba sekitar jam 9 pagi dengan memakai jubah berwarna putih. Puteri Sarah berharap agar segala urusan pada hari ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar supaya mereka boleh membawa haluan masing-masing.

Terdahulu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Kemudian diikuti, Sarah pula tampil di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur memfailkan hadanah iaitu hak penjagaan anak terhadap dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Video

@ohbulanofficialSyamsul hadir dengan wajah ceria dan sempat menyapa pihak media di perkarangan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada jam 8.54. ‘Jumpa lagi sekejap lagi.’? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×