berita

Syasya Rizal ‘Delete’ Semua Gambar Bersama Dolla Di IG? Hanya Tinggalkan 5 ‘Posting’ Termasuk Dengan Suami

April 22nd, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Syasya Rizal

Tindakan bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal yang memadam hampir semua gambar dan video di Instagram (IG) miliknya telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya.

Artikel Berkaitan: Kahwin Jadi Faktor Utama Syasya Undur Diri Daripada Dolla

Artikel Berkaitan: Peminat Ucap Tahniah, Syasya Didakwa Sudah Bernikah?

Delete gambar dengan Dolla?

Syasya Rizal

 

Menerusi tinjauan OhBulan! ke IG milik penyanyi itu, dia telah memadam semua hantaran yang pernah dimuat naik sebelum ini termasuk gambar bersama kumpulan Dolla.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Norsyasya Afiqah Shahrizal dilihat hanya meninggalkan lima ‘posting’ sahaja termasuk gambar bersama suaminya.

Pun begitu, adakah benar Syasya memadam atau hanya menyimpan di bahagian arkib atau ‘archive’ masih tidak dapat dipastikan.

Sehingga artikel ini ditulis, akaun milik Syasya mempunyai seramai 116,000 pengikut.

Terdahulu, tiada angin tiada ribut, Syasya dilaporkan telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Menerusi satu kenyataan, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia iaitu Kim Lim mengesahkan bahawa persiapan untuk mendirikan rumah tangga adalah sebab utama Syasya mengundurkan diri dari kumpulan Dolla.

SKIP THIS AD ×