Umum tahu, pelakon Syatilla Melvin baru sahaja melahirkan anak ketiga pada 9 Mei lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: Nak Muntah Tengok Rumah Sendiri, Syatilla Suruh Shaheizy Sam Cari Hotel
Artikel Berkaitan: Diserang Sakit Kepala Yang Teruk, Syatilla Melvin Masuk Hospital Balik – ‘Tak Boleh Bangun & Susukan Bayi’
Tengah berpantang
Terbaru, Syatilla, 31, mendedahkan dia langsung tidak berpantang selepas melahirkan Salama Samheizy Shaheizy Sam.
Perkara itu dikongsikan menerusi sesi Ask Me Question yang dibuka bersama peminatnya di Instagram (IG).
‘Apa yang Tilla suka tentang berpantang?’ tanya seorang pengikut.
Jawab pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, ‘suka semua sebab aku (saya) tak pantang langsung.’
Lebih mengukuhkan lagi apabila ada pengikut mendedahkan dia terjumpa finalis Dewi Remaja 2009/2010 di sebuah pusat membeli belah di Melaka.
Mahal tak kos bersalin?
Dalam pada itu, isteri kepada aktor Shaheizy Sam menyatakan kos keseluruhan dia bersalin secara pembedahan atau ‘caesar’ sama harga dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenama Yamaha.
Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2.
Sumber: Instagram @samtilla