Baru sahaja melahirkan anak ketiga pada Isnin lalu, pelakon Syatilla Melvin terpaksa dikerjakan ke pusat perubatan semula selepas diserang sakit kepala dan tulang belakang (spinal headache attack).
Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin & Shaheizy Sam Pilih Nama Salama Samheizy, Netizen Puji Terus Tayang Wajah Anak
Tumpas lagi
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Syatilla, 31, memaklumkan dia jatuh sakit yang teruk sehinggakan menyebabkan dia tidak boleh bangun.
Cerita pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, dia juga tidak dapat menyusukan bayinya, Salama Samheizy Shaheizy Sam.
Hari keempat lepas pembedahan (czer). Tumpas lagi.. ke pangkuan hospital balik.
Kena spinal headache attack yang sangat teruk. Tak boleh bangun, tak boleh susu baby, malah tak pegang baby sangat pun.
Serik dengan kesakitan yang dirasai, isteri kepada aktor terkenal iaitu Shaheizy Sam memohon agar orang ramai mendoakan dia kembali sihat seperti biasa.
Peminat prihatin
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan kesembuhan usahawan kosmetik ini. Antaranya adalah Rozita Che Wan, Ramona Zamzam dan Noryn Aziz.
Di samping itu, ada juga segelintir warganet yang berkongsi pernah mengalami situasi yang sama.
@iammissbunga: Masa saya czer haritu.. Memang teruk juga tak boleh buka mata ,pitam, muntah. Saya ingat ada bawa kopi, jadi jiran katil saya tolong buatkan kopi selepas itu syukur alhamdulillah cergas.
@nidalsyafi: Sama macam saya dulu kena side effect. Tak boleh bangun pening sangat. Nanti doktor akan suruh minum kafien untuk tutup saraf yg dah terluka dekat kepala. Satu dalam 10 saja yang akan terkena.
@iesnurul.yleo: Saya faham sakit tu kali ke tiga sangat bisa dan sakit badan. Semoga Syatilla cepat sihat.
Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2.
Sumber: Instagram @samtilla