Penyanyi lagu ‘Basstamam’ iaitu Syed Iqbal memilih untuk mengunci mulut mengenai dakwaan dirinya yang dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang pempengaruh media sosial terkenal.

Artikel Berkaitan: Syed Iqbal Mengaku Pernah Berkahwin, Kini Berstatus Duda

‘No comment’

Ketika ditemui OhBulan!, Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Iqbal Jamalullail memaklumkan ketika ini dia hanya mahu memberikan sepenuh fokus terhadap karier nyanyian yang baru saja dimulakannya.

Saya tak mahu komen tentang dakwaan itu sebab bagi saya perkara yang istimewa itu rahsia.

Saya seorang yang berahsia dan sudah tentu bakal pasangan yang bakal bersama pun saya rahsiakan.

Tetapi buat masa sekarang, saya nak fokus dengan karier saya dan mencari rezeki.

Syed Iqbal berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media lagu ‘Basstamam’ yang diadakan di Restoran Al-Sultan, Glenmarie, Shah Alam pada Selasa.

Dalam pada itu, lelaki yang pernah mendirikan rumah tangga ini mengakui tidak serik dengan perceraian sebelum ini dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada masa akan datang.

Saya tak pernah serik dan tak ada lelaki dalam dunia yang tak nak kahwin.

Insya-Allah saya akan mendirikan rumah tangga di masa akan datang, ikut apa yang Allah aturkan.

Terdahulu, Syed yang juga adik kepada pendakwah bebas Da’i Syed ini mengakui pernah mendirikan rumah tangga namun perkahwinannya itu hanya bertahan selama setahun.

Untuk info, lagu ‘Basstamam’ nyanyian Syed kini mencecah lebih 230,000 tontonan selepas hanya 11 hari dimuat naik di platform YouTube.