berita

Syed Saddiq Buka Kedai Makan, Jual Nasi Lemak & Nasi Ayam!

December 15th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Walaupun sibuk menjadi wakil rakyat, Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak menjadikannya sebagai alasan untuk tidak memulakan perniagaan. Beliau baru-baru ini berjaya memulakan sebuah perniagaan pertamanya yang menghidangkan makanan popular tempatan.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook yang dibuat oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq sendiri, beliau berkata restoran tersebut menyediakan hidangan istimewa Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Ayam Uncle Chin. Beliau juga menyatakan restoran itu terletak di Mont Kiara.

Sudah lama simpan hasrat mulakan perniagaan

Foto: Syed Saddiq

Dalam perkongsian tersebut beliau turut menyatakan bahawa sudah lama menyimpan hasrat untuk membuka perniagaan sendiri tetapi belum ada kesempatan. Beliau juga merancang untuk mencari perniagaan yang boleh menyediakan kerja kepada orang muda. 

Sebenarnya dah lama saya nak buka perniagaan sendiri tapi belum ada kesempatan. Saya merancang untuk mencari banyak perniagaan yang berpotensi besar untuk menyediakan peluang kerja kepada orang muda.

Menurut Syed Saddiq, beliau memilih jenama Santan kerana ia merupakan jenama popular di Malaysia dan sentiasa aktif mempromosikan makanan tempatan. Santan juga telah menunjukkan sokongan kepada anak-anak tempatan yang hilang pekerjaan kerana pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menyatakan perancangan beliau pada masa hadapan iaitu untuk melancarkan kempen #SADDIQsapotlokal. Katanya, kempen itu dapat membantu peluang pekerjaan dan perniagaan kepada orang muda. Kempen itu juga dibuat agar dapat menjadi rakan kongsi perniagaan kecil dan sederhana di luar sana. Namun, katanya untuk menunggu persiapan kempen itu dibuat, beliau menjemput orang ramai datang ke restorannya dahulu.

Tapi untuk kempen itu, kena tunggu persiapan dibuat. Buat masa sekarang, jemput datang Santan Mont Kiara dulu!

Sumber: Syed Saddiq.

SKIP THIS AD ×