berita

Syura Badron Mohon Orang Ramai Bantu Cari Van Perniagaan Hilang, Lokasi Terakhir Di Pasir Gudang

April 14th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Syura Badron

Penyanyi Syura Badron meminta bantuan orang ramai untuk membantu menjejaki van perniagaan miliknya jenama Foton yang telah hilang sejak dua hari lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Wei Penat Tau Buat Kuih Raya’ – Syura Badron Kena ‘Scam’ Dengan Pembeli

Artikel Berkaitan: Siti Nordiana Nak ‘Move On’, Syukur Kes Saman 5 Sekawan Selesai – ‘Saling Bermaafan Itu Baik Dalam Islam’

Van hilang

Syura Badron

Menerusi perkongsian di Instagram, Syura berkata lokasi terakhir van berwarna putih itu berada adalah di Pasir Gudang, Johor.

Mohon bantuan semua, van perniagaan jenama Foton dengan nombor pendaftaran BRC 185 hilang di lokasi terkahir di Flat S Balau, Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor. Mohon bantu saya please.

Dalam perkongsian itu, Syura turut berkongsi beberapa gambar, video dan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat.

Kalau ada sebarang info boleh hubungi 011-1121872.

Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram Story, pelantun lagu Bakawali itu memaklumkan dia sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan van tersebut.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×