![[VIDEO] ‘Syukur Alhamdulillah Ya Allah, Saya Dah Keluar Dari Wad’ – Syura Badron](https://asset.ohbulan.com/2025/10/syura-435.jpg)
Penyanyi, Syura Badron berkongsi perkembangan terkini mengenai kesihatannya selepas beberapa hari dimasukkan ke Unit Rawatan Separa Rapi (HDU) di sebuah pusat perubatan.
Artikel Berkaitan: Suami Kongsi Syura Badron Dirawat Di Hospital, Mohon Doa Orang Ramai – ‘Sayang Kuat, Saya Tahu’
Artikel Berkaitan: ‘Tuduhan Menunggang Agama Ni Melampau Ya!’ – Syura Beri ‘Warning’
Perkembangan terkini
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Syura atau nama lengkapnya Zuraidah Badron, 39, dilihat sedang bersiap sebelum keluar daripada wad tersebut.
Bengkak-bengkak tangan, banyak sangat jarum dekat tangan.
Monitor dekat atas ni selalu sangat bunyi, bacaan selalu tak cantik.
Tak mengapa yang penting ada progres.
Terima kasih untuk tiga hari yang tak berapa indah dengan awak (wad HDU). Kalau boleh saya tak nak jumpa awak lagi, jangan jemput saya.
Dalam masa yang sama, Syura juga menzahirkan rasa syukur kerana dibenarkan oleh pihak hospital untuk keluar dari wad HDU.
Syukur Alhamdulillah Ya Allah, saya dah keluar HDU!
Tak best dekat HDU, sebab tak boleh pergi tandas.
Tak mengapa, ujian datang sebab Allah sayang.
Pindah ke wad

Difahamkan pelantun lagu Nazam Berkasih itu, kini dipindahkan ke wad biasa untuk meneruskan rawatan selanjutnya.
Saya sudah bersedia untuk rawatan seterusnya di wad pula, harap-harap tak lama duduk hospital ni.
Tak sabar nak mandi, rindu nak ke tandas.
Sementara itu, Syura juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatannya.
Terima kasih untuk doa-doa kalian yang ikhlas untuk saya. Hanya Allah dapat membalas.
Terdahulu, suami kepada Syura iaitu Muhammad Farizat Ismail menerusi akaun Instagram miliknya memaklumkan penyanyi itu sedang menerima rawatan di HDU selepas mengalami jangkitan kuman dalam darah.
Sumber: Instagram Syura








