berita

Syura Dilantik Duta Jenama UNITAR

January 21st, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-01-21 at 3.28.03 PM

Keinginan juara Masterchef Selebriti Musim Kedua ini untuk mendalami bidang kulinari telah menjadi pendorong utama dirinya menyambung pengajian dalam bidang Diploma in Culinary Arts.

Artikel Berkaitan : Syura Rangkul Gelaran Juara Masterchef Selebriti Musim Kedua

Baru-baru ini, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron telah mendaftar di UNITAR International University bagi mengasah bakatnya dalam bidang tersebut.

Screen Shot 2014-01-21 at 3.30.30 PMSyura menerima apron yang ditempah khas untuknya selaku duta jenama UNITAR International University

Penyanyi yang berusia 27 tahun ini yakin bahawa dirinya mampu mengimbangi masa antara kariernya sebagai Chef Selebriti, pelajaran dan juga bidang nyanyian.

“Walaupun Syura sedikit menyepi daripada industri hiburan kerana menguruskan rumahtangga, industri hiburan tanah air ibarat isi dengan kuku dalam jiwa Syura. Tahun 2014 akan menyaksikan Syura kembali dengan lagu-lagu terbaru.”

Syura bakal muncul dengan 2 single terbaru iaitu ‘Gantung’ yang digubah oleh Edry KRU dan ‘Ajari Aku Cinta’ yang merupakan hasil koloborasi bersama Jojoe One Nation Emcees.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×