berita

‘Bila Rasa Nak Kalah Baru Minta Maaf’ – Netizen Dakwa Syura & Lan Solo Tak Ikhlas

December 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

permohonan maaf nana

Persengketaan antara penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu termasuk dua rakan industri iaitu Lan Solo dan Syura Badron akhirnya selesai semalam apabila mereka mengambil pendekatan untuk bermaafan.

Artikel Berkaitan: Siti Nordiana Maafkan Lan Solo & Syura Badron, Kes Saman Lima Sekawan RM2.5 Juta Selesai Cara Baik

Artikel Berkaitan: Tiada Permohonan Maaf Selepas 24 Jam, Siti Nordiana Saman 5 Individu

Netizen kecam

mohon maaf nana

Menerusi tinjauan OhBulan! di ruangan komen Instagram (IG) sebuah portal hiburan, rata-rata peminat menyokong Siti Nordiana dengan menyifatkannya sebagai seorang kawan yang berhati mulia.

Bagaimanapun, Syura dan Lan pula dihujani kecaman daripada warganet dengan mendakwa permohonan maaf mereka tidak ikhlas malah ada yang turut melabel mereka suka menyindir.

Mudah je sebenarnya minta maaf, ini tak ego sangat. Dah buat salah berlagak. Bila rasa nak kalah baru nak minta maaf.

Ikhlas ke diaorang mintak maaf, terus up status (IG) dia menganjing lagi ada, teruk perangai artis tu. Done unfollow mereka. Makcik pakcik bawang dah boleh boikot dah diaorang ni.

Maafkan boleh. lupakan tidak. Lagi-lagi bila tengok gambar last tu dengan ayat sindiran lagi..ehh aku geram. Tapi tak apa, Nana baik, ramai sayang. Keep support Nana, unfollow yang dua ketul tu.

Tidak berdiam diri, Syura dilihat membalas ringkas pada beberapa komen pedas yang ditinggalkan warganet.

Yakinnya kamu.

Baiklah netizen yang serba tahu.

Terdahulu, Siti Nordiana bertindak memfailkan saman sebanyak RM2.5 juta terhadap lima individu tersebut dengan mendakwa mereka telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah ketika bersiaran langsung di IG sehingga menjejaskan imejnya.

Sumber: IG Portal Hiburan

SKIP THIS AD ×