Foto: Hannah Delisha bersama suami
Semalam, nama pelakon terkenal Hannah Delisha, mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen apabila seorang wanita yang dipercayai ibunya memuat naik status di laman Instagram. Apa yang membuatkan netizen lebih tertanya-tanya, apabila hashtag #IbuTidakRestu turut digunakan oleh wanita itu, seolah-olah tidak restu dengan hubungan anaknya bersama calon pilihan suaminya iaitu Iman Shah.
Artikel Berkaitan: Guna Hashtag #IbuTidakRestu, Puisi Dikongsi Ibu Hannah Delisha Cetus Persoalan
Terbaru, menerusi dua posting di laman Instagram, yang dimuat naik oleh ibu Imam Shah, dikenali sebagai Mariana Yati, memberikan pesanan kepada pasangan merpati dua sejoli ini agar terus kuat melayari bahtera berumah tangga yang penuh dengan cabaran.
‘Semoga sampai ke syurga’
Foto: Mariana Yati
Menerusi posting tersebut, wanita ini menitipkan doa supaya jodoh anaknya bersama menantu pilihan dipanjangkan sehingga ke syurga, Pada masa yang sama, dia turut memberikan nasihat kepada mereka berdua untuk teruskan bersabar atas apa yang telah terjadi.
SubhanAllah. Allah menentukan segalaNya. Semoga mahligai yang dibina sampai ke syurga. Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah. Allah itu Al-‘Alim. Ingat itu Imam & Hannah, teruskan bersabar. Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku. Syurga-Mu merestuimu, anakku
Terdahulu, timbul spekulasi yang mengatakan perkahwinan antara Hannah Delisha dan Imam Shah tidak direstui oleh ibunya, Noor Ashikin. Difahamkan, ia bermula setelah ibunya memuat naik kata-kata puitis yang memberikan gambaran terhadap situasi yang berlaku.
Namun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Hannah dan suaminya berhubung isu yang terjadi.
Sumber: Mariana Yati