Hari ini nama pelakon terkenal Hannah Delisha sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen apabila seorang wanita dipercayai ibunya memuat naik status di Instagram seolah ditujukan kepada seseorang. Timbul persoalan dalam kalangan netizen sama ada status puisi berkenaan ditujukan ke pelakon tersebut atau sebaliknya?
Artikel berkaitan: Tup Tup Dah Kahwin! Kenali Imam Shah, Jejaka Yang Berjaya Tawan Hati Hannah Delisha
Artikel berkaitan: ‘Dah Rancang Kahwin Sejak 5 Tahun Lalu’ – Pengurus Hannah Delisha
#ibutidakrestu
Seorang pengguna Instagram yang dipercayai ibu kepada pelakon Singapura itu memuat naik petikan puisi berjudul Hikayat Antah Berantah dengan tanda pagar #IbuTidakRestu.
Di suatu ketika dahulu kala; tercatat sebuah hikayat cerita. Negara yang terletak;diufuk khalulistiwa-Antah Berantah nama tempatnya. Disana, tinggal seorang ibu bersama seorang anak perempuanya.
Sang ibu pernah bernikah; dengan seorang muallaf dari bangsa yang asalnya, jauh di hujung benua. Jodoh tiada berkekalan, bercerai mereka tidak lama kemudian. Sang anak yang masih kecil, dibesarkan oleh ibunya.
Termampu daya, semampu karya-Sang ibu coba berusaha.Tidak mudah, tidak sempurna-segala yang ada Sang ibu mencoba. Peras keringat, berbanting tulang, sang ibu berkorban apa sahaja. Apabila dewasa, sang anak bercinta. Cinta yang datang dengan al-kisahnya.
‘Fitnah dan tomah silih berganti’
Terjadi suatu yang membelenggu, maka itu tiada restu. Sang ibu membawa diri; fitnah dan tomah silih berganti. Salah siapa bukan inti,salah sendiri menjadi paksi. Allah senantiasa menyaksi. Pernikahan dilaksanakan dalam rahsia, ditutupi pula dengan media.
Antah berantah tempatnya ia, dimana cerita disulam sutera. Sutera cina bersalut emas. Pujangga manik mengarang warkah. Hikayat dikarang persoalan maruah. Seperti arah mata panah. Lempar batu sembunyi tangan. Bukan permainan anak jantan. Tulisan mahaguru sangat lucu. Aib dibuka kuncu kuncu.
Jika menjual, tujuan kamu. Akan diborong semuanya itu. Jika malu menjadi taruhan. Jangan lupa adanya Tuhan.
Muat naik video ceramah
View this post on Instagram
Terbaru, individu berkenaan turut berkongsi sebuah video ceramah di laman Instagram tersebut. Intipati video ceramah agama itu menceritakan mengenai hukum sekiranya seorang anak menderhaka kepada kedua ibu bapa.
Posting tersebut turut disertakan dengan tanda #IbuTidakRestu dan dikongsi petikan hadis Shahih Bukhari.
Sumber: Kakcik Wujudku