berita

‘Syurga Tempatmu Sayang’ – Isteri Meninggal Dunia Kerana Kanser, Luahan Lelaki Ini Buat Kami Sebak

August 19th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kanser merupakan penyebab kedua tertinggi kematian dalam kalangan rakyat. Kebiasaannya sel ini akan bertambah secara tidak normal menyebabkan berlaku pembiakan kepada organ anggota badan yang lain.

Seperti perkongsian dari, Zhafri Nabilah dimana isterinya terpaksa melakukan pembedahan kanser ketika hamil 27 minggu. Lebih menyedihkan selepas bersalin, keadaan isterinya makin teruk dan lidah terpaksa dipotong. Luahan suami ini buat kami sebak.

Kanser ketika hamil

Damailah disana wahai isteriku yang tercinta. Tiada lagi kesakitan yang perlu ditanggung. Moga ia menjadi asbab syurga tanpa hisab buat dirimu. Air mata ini menitis bilamana dirimu redha akan ujian yang sangat berat ini. Ketahuilah bahawa Allah juga meredhai hamba-hambaNya yang redha dgn ujian yang diberikanNya.

Mengimbas kembali, ketika doktor mengesahkan dirimu perlu menjalani operation dengan segera akibat penyakit kanser dan dalam masa yang sama bayi yang dikandungmu baru shj berusia 27 minggu perlu juga dikeluarkan. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaanku ketika itu. Tanggal 23 Jun 2019, seawal pagi seusai solat subuh dirimu sudah bersiap sedia untuk ke bilik bedah. Jam 9pagi operation dimulakan.

Terpaksa memotong lidah isteri kerana kanser merebak

Alhamdulillah, baby berjaya dikeluarkan pada jam 9.50pagi seberat 1.005kg. Syukur atas kelahiran yg ke-5 menjadikan anak-anakku semuanya gegirls. Tepat jam 1 pagi, doktor memanggilku setelah 15 jam menunggu. Hatiku menanti dengan penuh debaran saat melihat wajah doktor pakar. “Kami terpaksa memotong kesemua lidah isteri awak disebabkan sel kanser tersebut telah merebak” kata doktor pakar. Hampir sahaja aku rebah dan terduduk saat mendengar kata2 tersebut. Ya Allah! beratnya dugaanmu wahai isteriku.

Setelah 3 minggu, aku melihat dirimu semakin sihat. Aku masih ingat lagi dia menulis “kalau sayang dah sihat, kita pergi makan di kedai sama-sama yer”. Dia suka masak dirumah dan tak suka makan diluar. Hanya sekali sekala shj menjamu selera diluar. Selang beberapa hari, keadaanya seolah-olah tidak mengizinkan. Doktor mencadangkan chemotherapy namun isteri memilih untuk radiotherapy dan memilih peneng sebagai destinasi untuk meneruskan rawatan susulan.

Keadaannya dari sehari ke sehari semakin merosot

3 hari sebelum transfer ke peneng, aku mengajaknya utk melihat baby yang belum pernah dilihatnya sejak dilahirkan. Aku menolaknya dengan menggunakan wheelchair. Saat pertama kali dia melihat baby, dia menitiskan air mata. Dia mengusap baby perlahan-lahan dan beberapa kali seolah-olah itulah yg pertama dan yg terakhir sentuhan seorang ibu. Ya Allah, ternyata benar!

Keadaannya dari sehari ke sehari semakin merosot. Doktor pakar di Peneng mencadangkan chemotherapy instead of radiotherapy kerana sel cancer telah merebak dgn cepat. Setelah selesai chemotherapy, keadaannya masih tak menentu dan semakin teruk dan terpaksa diwarded.

Sehari sebelum pemergiannya, doktor beritahu keadaannya semakin tenat. Ya Allah! hanya kepadaMu sahaja kami berserah. Semua ahli keluarga dipanggil balik. Kami memenuhi permintaannya utk dipindahkan ke wad paletif yg mempunyai kelesaan dan dijaga oleh nurse.

Solat isyak yang panjang

Malam sebelum pemergiannya, hampir keseluruhan adik-beradik ada bersama dan mereka meminta maaf. Isteriku mencapai pen dan menulis kepadaku “kenapa semua orang balik? sayang dah nak mati ka?” Ya Allah! betapa sedihnya aku ketika itu dan dengan perlahan-lahan aku bisikan ditelinganya sambil menceritakan keadaannya yg sebenar.

Dia pun menulis memohon maaf kpd semua adik beradiknya. Pada malam itu juga, dia solat isyak dlm keadaan berbaring dan tidak bermaya. Solat isyaknya kali ini lebih panjang daripada solat yg lain seolah-olah ia mengetahui itu adalah solat isyaknya yg terakhir.

Aku berdiri ditepi katilnya memandang wajahnya sambil melihat dia solat. Tanpa ku sedar, air mataku mengalir dgn membayangkan adakah ini pandangan terakhirku terhadapnya? Ya Allah..

Subuh terakhir

Aku menemaninya pada malam itu, dia tidur begitu nyenyak sekali. Hanya sekali sekala sahaja matanya buka memandangku disisinya. Pada waktu subuh, aku mengejutkannya untuk solat subuh. Dia menganguk! lalu aku capai sarung tangan dan semburkan air wudu’ padanya.

Dengan perlahan-lahan aku ratakan air wudu’ nya. Lalu ditutup auratnya untuk solat. Aku melihatnya seolah-olah tidak berdaya. Lalu aku bacakan surah al fatihah dan surah pendek seolah2 kami solat bersama sampailah selesai solat subuh. Tepat jam 12 tghri, perginya begitu cepat tanpa memberikan isyarat. Aku sempat membisikan kalimah syahadah ditelinganya.

Pergimu begitu tenang sekali. Wajahmu umpama seperti bayi yang sedang nyenyak tidur. Ya Allah! kau tempatkanlah isteriku dikalangan para syuhadah dan para solehin. Ya Allah! aku menjadi saksi dia seorang isteri yang baik. Dia telah mendapat redha suaminya.

Syurga tempatmu

Terima kasih kepada semua saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan yg memberikan sokongan moral, doa, kewangan dan sebagainya. Hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa baik kalian. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan pengebumiannya. Rehatlah dikau disana wahai isteriku.

Terima kasih kerana menghadiahkan seorang lagi puteri buatku. Pesan terakhirmu akan ku jaga iaitu supaya menjaga anak-anak dengan baik dan memberi pendidikan agama kepada mereka. Kamu juga meminta supaya mereka titipkan al-fatihah kepada ibu mereka setelah selesai solat setiap waktu.

Syurga tempatmu sayang!! Ameen! Al-Fatihah.

Sumber : Zhafri Nabilah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×