berita

Taeyang Bakal Muncul Dengan Album Solo Ke-3?

September 25th, 2013 | by Ai
Kini Trending

taeyang

Para peminat Taeyang pastinya bersorak gembira sebaik sahaja mendengar khabar tentang penyanyi kegemaran mereka ini yang akan muncul dengan album solo ketiga tidak lama lagi.

Nampaknya Taeyang mahu mengikut jejak langkah kawan-kawan Big Bang seperti G-Dragon dan Seungri yang telah melancarkan album terbaru mereka baru-baru ini.

Sumber-sumber terdekat penyanyi berkata, album solo itu dilancarkan agak lewat dari perancangan kerana Taeyang kini masih dalam proses menyiapkan projek terbarunya itu.

Taeyang

Taeyang sekarang ini sedang memberi sentuhan terakhir kepada album solonya. Secara peribadi, Taeyang terlibat sebagai penerbit album berkenaan dan mahu memberikan sepenuh hati dan perasaannya untuk menghasilkan yang terbaik. Sebab itulah tarikh pelancarannya ditangguhkan.

Walaupun begitu, Taeyang juga khabarnya telah siap merakam muzik video untuk salah satu lagu dalam album tersebut. Berkemungkinan besar, peminat boleh mendapatkan album yang lama ditunggu itu pada pertengahan Oktober.

Untuk makluman anda sejak Taeyang bergerak solo, penyanyi ini telah melancarkan album berjudul Solar pada tahun 2010.

Sementara Taeyang menyiapkan albumnya, apa kata anda dengar dulu lagu Wedding Dress yang pernah popular beberapa tahun lepas. Semoga terhibur!

Sumber: Allkpop

SKIP THIS AD ×