Gambar sekadar hiasan
Seorang bapa yang didakwa atas kesalahan mencabul anak mati dipukul oleh rakan tahanan sel pada Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: Guru Mengaji Al-Quran Ditahan, Disyaki Rogol 27 Gadis
Artikel Berkaitan: Ibu Muda Dirogol Abang Angkat Suami, Kejadian Berlaku Di Depan Bayi 8 Bulan
Dipukul menggunakan batang paip
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Tribun News, mangsa baru sahaja dimasukkan ke tahanan Markas Polis Metro Depok, Indonesia pada Jumaat lalu kerana didakwa mencabul anak kandungnya.
Menurut polis, mangsa yang belum sempat dibicarakan telah ‘dihakimi’ oleh lapan orang tahanan di dalam sel yang sama.
Kejadian bermula apabila rakan tahananya menyoal mangsa mengenai sebab mengapa dia ditangkap oleh pihak polis. Mangsa kemudian mengaku kepada rakan-rakannya bahawa dia adalah suspek bagi kes cabul anak kandungnya.
Cabul ke atas kanak-kanak bawah umur dianggap sangat tidak berperikemanusiaan dan tidak wajar, jadi ini membuatkan mereka berasa kecewa.
Mereka memukul mangsa dengan tangan dan menggunakan batang paip sebelum mangsa didapati pengsan. Tahanan-tahanan tersebut kemudian bertindak melaporkan perkara tersebut kepada pengawal lalu mangsa dikejarkan ke hospital.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dengan kecederaan di bahagian punggung, dada dan belakang badan.
Berdasarkan kenyataan polis, luka di bahagian punggung mangsa adalah berpunca daripada kesan hentakan paip manakala luka di dada mangsa kerana dipukul menggunakan tangan.
Sementara itu, polis masih menunggu keputusan bedah siasat daripada hospital.
Sumber: Tribun News