Penyanyi Aishah berdepan detik cemas apabila tahap oksigen turun mendadak selepas membuka tiub pernafasan, hari ini.
Artikel Berkaitan: ‘Tolong Doakan Kami’ – Aishah Positif Covid-19
Paras oksigen turun mendadak
Akui berasa lemah, Aishah, 56, memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya kembali sihat seperti biasa.
Bercerita lebih lanjut, pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin berkata pada pagi tadi oksigennya berada di tahap 98 namun selepas pulang dari tandas turun mendadak hingga ke 88.
Ya Allah mental tidak kuat hari ini, bila melihat pesakit depan saya dibawa naik untuk di intubate (ditidurkan). Pagi tadi tahap oksigen saya 98, mereka cuba nak buka oksigen.
Tapi bila ke tandas dan balik ke katil, paras oksigen terus turun mendadak ke 88, terpaksa pakai oksigen semula baru naik semula ke 95. Ya Allah teman-teman semua tolong doakan saya tidak sampai ke situ (ditidurkan).
Tak nak sampai ditidurkan
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelantun lagu Pulanglah turut meluahkan rasa bimbang sekiranya dia terpaksa ditidurkan seperti pesakit-pesakit lain.
Katanya, dia masih mempunyai banyak tanggungjawab kepada keluarga dan anak-anak yang belum diselesaikan.
Saya takut dan masih banyak tanggungjawab pada keluarga yang belum selesai, anak-anak saya banyak lagi hal yang tidak selesai. Saya sangat mengharapkan doa kawan-kawan, ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya.
Teman-teman tolong doakan saya. Saya tak nak sampai ke situ. Saya takut, saya masih banyak tanggungjawab kepada keluarga dan anak-anak.
Sangat mengharapkan doa kawan-kawan. Ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya.
Sebelum ini, Aishah dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta.
Kemudian pada Isnin, Aishah terpaksa dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus.
Sumber: Instagram Wan Aishah