berita

Tahniah! Bayi ‘Lots Of Mix’ Lahir, King Coco Selamat Timang ‘Baby Boy’

November 9th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Rasanya baru semalam melihat pelbagai video viral mengenainya yang menjadi bualan dalam kalangan netizen sedikit masa lalu. Akhirnya semalam, King Coco selamat melahirkan anak sulungnya di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Kegembiraan Coco bergelar ibu dikongsi olehnya di Instagram peribadinya dan juga suami, Azrin Abas yang teruja menanti kelahiran zuriat pertama mereka itu.

Sempat muat naik video di dewan bersalin

https://www.instagram.com/p/BbOxj4UHT89/?taken-by=k1ngcoco_1

Suami kongsi teruja

Bayi seberat 3.63 kg itu selamat dilahirkan pada pukul 5.29 petang semalam. Azrin atau lebih dikenali sebagai Captain Azrin sempat berterima kasih untuk doa-doa yang diberikan rakan-rakan dan saudara-mara bagi kelancaran proses kelahiran itu.

Dihujani doa selamat pengikut, ucap selamat berpantang

Walaubagaimanapun, fungsi komen di Instagram Coco ditutup membuatkan pengikut berpusu-pusu meninggalkan komen di akaun Azrin. Rata-rata mengucap selamat berpantang dan mendoakan anak berkenaan menjadi anak yang soleh.

Sumber: King Coco , Azrin Anas

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×