![[VIDEO] ‘Saya Berada Di Tangan Yang Tepat’ – King Coco Bahagia Bersama Nick Mikhail, Fokus Keluarga & Bisnes](https://asset.ohbulan.com/2026/06/king-coco.jpg)
Selepas beberapa tahun memilih untuk memperlahankan kemunculannya di media sosial, personaliti media sosial, King Coco mengakui kehidupannya kini jauh lebih tenang berbanding sebelum ini.
Artikel Berkaitan: ‘Insya-Allah Ini Adalah Perkahwinan Saya Yang Terakhir’ – King Coco
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ingatkan Tipu, Rupanya Betul! King Coco Menang Jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai
Fokus keluarga

Mengimbau kembali perjalanan hidup yang pernah dipenuhi pelbagai kontroversi dan kecaman, King Coco tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan segala ujian yang akhirnya membentuk dirinya menjadi individu yang lebih kuat.
Saya rasa sangat sebak. Kalau tengok perjalanan saya dalam media sosial, terlalu banyak perkara yang berlaku. Banyak kecaman dan macam-macam lagi.
Tetapi dalam tempoh tiga atau empat tahun kebelakangan ini, saya rasa lebih tenang. Bila akhirnya kita dapat capai ketenangan itu, rasa sebak untuk berkongsi dengan semua orang.
King Coco berkongsi perkara itu ketika ditemui OhBulan! pada majlis pelancaran produk IAmCoco yang berlangsung di W Hotel, Kuala Lumpur, pada Ahad.
Menurut King Coco, antara perkara yang banyak mengubah kehidupannya ialah selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pelakon dan usahawan Singapura, Nick Mikhail Razak.
Disebabkan itu juga, dia memilih untuk memberi lebih tumpuan kepada kehidupan berkeluarga sehingga jarang muncul dalam perhatian umum.
Saya sebenarnya sibuk menguruskan kehidupan sebagai isteri. Seperti yang ramai tahu, saya sudah berkahwin kali kedua dengan Nick dan sekarang lebih fokus kepada keluarga serta suami.
Lebih bahagia

Dalam pada itu, Coco tidak menafikan ramai melihat dirinya kini lebih bahagia kerana bertemu dengan pasangan yang sentiasa memberi sokongan dalam apa jua keadaan.
Namun, jelasnya, setiap rumah tangga tetap mempunyai cabaran tersendiri dan bukanlah seindah yang disangka.
Memang saya akui, saya berada di tangan yang tepat. Tetapi saya tak pernah kata perkahwinan kami sempurna seperti dalam cerita dongeng.
Ada hari dia kuat dan saya lemah, ada hari saya pula yang lebih kuat. Apa yang penting, kami saling menerima kekurangan masing-masing dan mungkin itu yang membuatkan hubungan kami terus kukuh sehingga hari ini.
Berkongsi perkembangan terbaharu, King Coco turut memperkenalkan produk minuman keluarannya, IAmCoco, yang diinspirasikan daripada pengalaman dirinya sendiri selepas bergelar ibu.
Katanya, produk tersebut dihasilkan bukan semata-mata untuk membantu menguruskan berat badan, sebaliknya bagi meningkatkan keyakinan diri wanita yang berdepan perubahan fizikal selepas bersalin.
Produk ini untuk mereka yang kurang keyakinan diri. Kadang-kadang bila badan berubah, kita mula rasa tak cantik dan hilang keyakinan.
Saya sendiri pernah melalui fasa itu selepas bersalin apabila berat badan mencecah 66 kilogram.
Dari situlah tercetusnya idea IAmCoco kerana saya mahu semua orang rasa yakin dan bangga dengan diri sendiri. Saya dah mencuba sendiri dan syukur Alhamdulillah, saya kini semakin yakin.






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

