berita

Tahniah! Caprice Pilih Wanita Kelantan Jadi Isteri

November 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas pelakon Remy Ishak dan Yusuf Bahrin menamatkan zaman bujang, kini giliran penyanyi rap sensasi, Caprice pula membuat hati para gadis kecewa.

Sedondon berbaju putih

Menerusi sekeping foto yang dimuat naik dalam Instastories seorang individu bernama Yasser Khan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, kelihatan dengan pasangannya, yang sama cantik sama padan mengenakan persalinan berwarna putih.

Hantaran berkenaaan turut dikongsikan semula oleh penyanyi yang juga anggota kumpulan DeFam, Azira Shafinaz.

Dapat berita kahwin petang tadi

Bagaimanapun pembantu peribadi Caprice yang dikenali sebagai Aiman tidak dapat mengesahkan tentang kesahihan berita berkenaan. Malah, Aiman juga enggan berkongsi nama atau identiti wanita yang dikahwini Caprice itu.

Saya tidak boleh nak sahkan betul atau tidak. Tapi kalau orang kongsi gambar dia (berkahwin), sarung cincin, maksudnya, memang betullah dia dah kahwin.

Apa yang saya tahu Caprice telah berkenalan dengan wanita itu hampir setahun. Saya sendiri tak dimaklumkan tentang pernikahannya kerana sekarang saya berada di Langkawi. Saya dapat tahu dia berkahwin sekitar pukul 5 petang hari ini.

Dia (isteri Caprice) baik orangnya dan dia berasal dari Kelantan. Apa-apa maklumat lanjut, akan datang dari bibir Caprice sendiri nanti.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×