berita

Tahniah! Syafiq Yusof Dikurniakan Anak Lelaki Pertama

February 9th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pengarah berbakat besar Syafiq Yusof berkongsi berita gembira tentang kelahiran seorang lagi cahaya matanya kelmarin.

Artikel Berkaitan: Enggan Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Abang, Syafiq Yusof Mengaku Tak Pernah Jumpa Ira Kazar

Artikel Berkaitan: Kami Tanya Pendapat Orang Awam Tentang Filem & Drama Kepolisan Yang Mereka Pernah Tonton

Ucapan syukur dan tahniah

Anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam ini telah memuat naik beberapa gambar anak lelakinya pertamanya itu yang diberi nama Muhamad Nu’Aiman menerusi hantaran di Instagram (IG).

Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Anak ketiga, anak lelaki pertama, Muhamad Nu’Aiman Muhamad Syafiq.

Menjengah ke ruangan komen, pengarah filem Abang Long Fadhil 3 ini dibanjiri dengan ucapan tahniah dari keluarga, rakan-rakan artis dan warganet.

Sekadar info, Syafiq Yusof yang juga adik kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, telah mendirikan perkahwinan bersama Aisyeah Zainal pada 5 April 2014. Sepanjang perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua orang anak perempuan, Nuur Jannah,7 dan Nuur Nusaybah, 5.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×