Pengarah Syafiq Yusof, 31, memberitahu dia enggan masuk campur atau terbabit dalam isu rumah tangga abangnya, Syamsul Yusof.
Artikel berkaitan: ‘Tak Perlu Ungkit, Itu Adalah Tanggungjawab’ – Puteri Sarah Dedah Syamsul Dah ‘Unblock’ WhatsApp
Artikel berkaitan: Beri 13 Nasihat Padu, Dr Zulkifli Hantar Surat Terbuka Buat Syamsul Yusof & Keluarga
Artikel berkaitan: Kesian Mak Sendiri & Ibu Mentua Kena Bergilir Jaga Anak, Puteri Sarah Dah Jumpa Maid Sementara
Artikel berkaitan: ‘Tak Pernah Berhenti Risau Pasal Anak Walaupun Disakiti Berkali-Kali’ – Ibu Syamsul
Artikel berkaitan: ‘Jarang Seorang Ayah Menitiskan Air Mata’ – Pendakwah Tersentuh Tengok Video Yusof Haslam, Harap Netizen Ambil Iktibar
Tak patut masuk campur
Sebagai anak dan adik, Syafiq mendoakan kebahagiaan dan ketenangan buat kedua ibu bapanya serta Syamsul dan keluarga.
Itu saja saya mampu doakan. Sebagai adik, saya rasa tak patut untuk masuk campur. Sebaiknya saya harus mendoakan yang terbaik untuk abang saya.
Diminta mengulas mengenai perkahwinan kedua abangnya, Syafiq berkata dia baru mengetahui mengenai hal tersebut menerusi ahli keluarga. Tambah Syafiq, mereka jarang berjumpa dan bersembang hanya soal filem dan kerja sahaja.
Saya doakan abang dapat penyelesaian yang terbaik. Abang memang duduk berasingan dan kami hanya berjumpa masa Hari Raya. Saya tidak pernah bertemu isteri kedua Syamsul. Saya juga tidak tahu dan tak pasti sama ada ibu bapa saya dah jumpa Ira.
Sebagai keluarga seni, Syafiq mengakui mereka tidak boleh lari daripada menjawab isu peribadi.
Jadi kita terpaksa terima perkara ini. Tapi saya rasa untuk orang yang berfikiran waras, boleh tahu dalam internet ia bercampur ada yang betul dan tak betul. Kebanyakannya fitnah. Kalau boleh juga saya tak mahu kedua-dua pihak panjangkan perkara ini di media sosial. Sebab hal keluarga dan saya rasa semua keluarga dalam dunia ini ada masalah. Tapi apabila masuk di internet, ia akan jadi lagi parah. Saya harap benda ini berakhir dengan cepat dan semua dapat penyelesaian.
Tak mahu mana-mana pihak tersinggung
Dalam pada masa yang sama, Syafiq memilih untuk tidak bercakap apa-apa kerana tidak mahu mana-mana pihak tersinggung.
Saya juga harap ayah saya dapat bertabah dalam perkara ini. Saya dan Syamsul masing-masing sibuk. Macam saya cakap saya membesar dalam keluarga filem. Topik-topik yang kami bualkan berkenaan filem. Dia pun ada banyak filem besar. Saya juga sibuk dengan projek filem sendiri. Mengenali abang saya, dia seorang yang tabah. Dia macam ayah saya. Walaupun ada masalah kerja tetap berjalan. Saya percaya dia mampu tanganinya.
Akhir kata, Syafiq berharap masyarakat tidak membuat sebarang andaian yang bukan-bukan terhadap isu ini.
Sumber: Harian Metro