berita

Tahu Tak 6 Manfaat Ni Korang Akan Dapat Bila Tengok TV Dengan Family Sama-Sama

July 23rd, 2018 | by Epul
Gaya Hidup


Admin ada satu soalan, apa korang buat untuk eratkan hubungan kekeluargaan? Selepas masing-masing sibuk dengan urusan harian, admin percaya tak ramai di antara korang duduk semeja makan dan berbual sambil gelak ketawa bersama keluarga…

Jangan abaikan perkara remeh seperti ini. Kami bimbang, hubungan itu makin renggang dan tak akrab macam waktu kecil dulu. Apa kata eratkan semula hubungan kekeluargaan dengan menonton TV bersama mak ayah atau adik beradik. Nak tau apa manfaat korang akan dapat? Teruskan membaca…

1. Korang akan lebih hargai masa berkualiti bersama keluarga

Kredit gambar: Terviral

Bila dah ayah dengan mak sibuk bekerja, adik-beradik pulak sibuk dengan hal masing-masing, bila masanya korang eratkan hubungan antara ahli keluarga?

Kami ajar cara senang, duduk dan tengok TV lepas tiap kali makan malam ramai-ramai. Masa tu, korang boleh borak aktiviti harian sambil makan kudapan dan tonton rancangan kegemaran semua! Kan lagi bonding dengan cara macam tu…

2. Bila tengok TV sama-sama, mak ayah tak risau mana kita pergi

Buat korang yang masih tinggal dengan mak ayah, mesti faham situasi bila diorang dah start call dan mesej tanya mana korang pergi satu hari tu. Kalau korang duduk tengok TV sama-sama, kan mak ayah tak risau apa korang buat, dengan siapa korang berkawan, mana korang pergi dan sebagainya. Sebab, korang sentiasa ada depan mata diorang!

3. Boleh ambik hati mak ayah atau keluarga mertua

via GIPHY

Kalau selalunya korang tengok rancangan atau siaran berbeza, apa kata satu hari tu korang bukak siaran favourite diorang. Bukan apa, waktu macam ni lah kita boleh ambik hati, sambil tengok TV boleh pujuk diorang untuk sesuatu perkara. Dari hari biasa korang asyik gaduh berebut remote, kali ni bagi hati diorang sejuk sikit…

4. Jaga pandangan korang yang dah tersasar tu

via GIPHY

Korang faham-faham sendiri je lah bila korang tengok TV sorang-sorang. Segala macam rancangan, siaran dan program dari pelbagai klasifikasi korang tengok tanpa pengawasan kan… Jadi bila tengok TV dengan family atau mak ayah, adalah pengawasan sikit!

5. Kurangkan stress

Kredit gambar: The Asian Slant

Percaya tak dengan tengok TV bersama keluarga boleh hilangkan stress? Bukan je murah malah ini cara paling senang kalau nak lupakan segala masalah! Panggil semua ahli keluarga termasuk mak ayah duduk depan TV, ambik remote, pilih siaran atau rancangan kegemaran dan mulalah bergelak tawa dengan diorang semua!

6. Sentiasa update dengan info semasa terkini

Kredit gambar: Digital UK

Bila korang tengok TV satu family, pastinya korang semua takkan tertinggal info semasa yang hangat lagi terkini. Masa ni lah korang boleh borak tentang apa yang trending, kongsi cerita terbaru, siapa menang Gegar Vaganza Raya dan sebagainya sambil makan snek sama-sama. Makin erat hubungan kekeluargaan korang nanti!

Nak rapatkan lagi hubungan kekeluargaan dengan pengalaman menonton TV paling best abad ini?

Kredit gambar: On Demand

Jom layan pelbagai rancangan menarik hanya di On Demand yang sesuai untuk ditonton bersama keluarga! Dengan On Demand, korang boleh dapat akses untuk menonton pelbagai rancangan menarik pada bila-bila tanpa sebarang caj tambahan. Wah, menariknya!

Apa korang perlu buat hanyalah sambungkan Astro PVR dengan rangkaian Wi-Fi kat rumah dan nikmati semua rancangan On Demand yang best-best seperti:-

  • Upin & Ipin Raya
  • Suatukala
  • Konsert Hora Horey
  • Pinkfong Sing And Learn
  • The Hantus
  • Gegar Raya Vaganza
  • Mr Grey
  • Ti Amo Sweet Heart 100 Hari

Belum aktifkan fungsi On Demand? Ikut cara-cara macam dalam video ni…

Untuk maklumat lanjut mengenai Astro PVR dan cara mengaktifkannya, layari laman web Astro PVR. Kalau korang belum ada Astro PVR, jangan risau. Belum terlambat kalau nak dapatkan satu untuk rumah korang! Klik SINI!

Selamat menonton!

Most Read Today